Pages

Saturday 10 December 2011

Review Ringkas peringkat Separuh akhir Piala Emas 2011

Tamatnya perlawanan suku akhir ke-2 Piala Emas Raja-Raja 2011 menandakan kejohanan yang dijalankan selepas tamatnya kejohanan dibawah kelolaan FAM  ini semakin ke penghujungnya apabila perlawanan pertama separuh akhir bakal berlangsung pada Sabtu ini, 17 Dis 2011. Sebelum itu ayuh kita imbas perlawanan di peringkat suku akhir yang tamat semalam.

Di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, hajat penyokong haria Penang haria untuk melihat Sang harimau kumbang ke separuh akhir tidak kesampaian. Hajat besar mereka dilenyapkan oleh Sang kenari yang terbang di tinggi setelah menumbangkan Pulau Pinang dengan keputusan 2-0 secara agregat.

Sementara itu di utara tanah air, di Stadium Utama Negeri Kangar, pasukan MASUM sekali lagi terkandas di peringkat suku akhir. MASUM terpaksa akur kepada kekuatan Singa utara yang telah menewaskan mereka secara agregat 3-0. Musim lalu mereka tewas di tangan Kedah.

Di Stadium Hang Tuah pula, kejayaan di peringat pasukan Liga Super  Selangor  tidak dapat diterjemahkan oleh pasukan Piala Emas mereka setelah tunduk lesu kepada kekuatan pasukan Melaka yang dikhabarkan inilah skuad Liga FAM 2012 dengan agregat 5-1.

Beralih pula ke Stadium  Temerloh, kekuatan ‘abang-abang Polis’ tidak dapat menandingi kekuatan Pahang apabila tewas kepada pasukan  Tok gajah dengan keputusan 2-0 secara agregat di hadapan penyokong Pahang yang hadir ke stadium.



Di peringkat separuh akhir nanti, pasukan Kedah bakal melayan kunjungan pasukan Hang Tuah, Melaka di Darulaman terlebih dahulu. Masing-masing ada hajat yang tersendiri. Bagi Melaka ini peluang untuk mereka melangkah ke final  pertama dalam apa-apa kejohanan bolasepak di Malaysia setelah kali terakhir melangkah ke final merebut kejuaraan Piala Liga Perdana pada tahun 2006 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darulaman menentang Kedah tetapi tewas 0-1.

Bagi Pasukan Kedah pula, ini merupakan peluang terbaik untuk mereka melangkah ke final Piala Emas Raja-Raja buat kali ketiga berturut-turut dan kali ini mereka sudah pastinya tidak mahu kecewa lagi untuk mengucup kejuaraan Piala Emas selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 2004.

Satu lagi separuh akhir yang  tidak kurang rancaknya yang melibatkan dua pasukan yang pasukan utamanya telah tersingkir ke Liga Perdana pada musim hadapan. Bagi pasukan Pahang, sudah pasti ada sesuatu yang mahu dibuktikan oleh mereka buat para penyokong Pahang yang kali terakhir merasai nikmat sebagai juara pada tahun 2006 sebagai juara Piala FA menewaskan Perlis.

Buat pasukan Perlis pula, mereka juga mahu menghadiahkan kejuaraan kepada penyokong Singa utara yang begitu dahagakan kejuaraan. Kali terakhir Perlis menjulang kejuaraan Piala Emas Raja-Raja ialah pada tahun 2009 setelah menewaskan Kedah di Darulaman dengan keputusan 2-0.

Penulis:Pecinta Bola