Pages

Tuesday 27 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Terengganu

Pengurus : Dato Che Mat Jusoh
Jurulatih : Mat Zan Mat Aris

Senarai pemain :
1. Sharbinee Alawee
2. Sharmiza Yusof
3. Mohd Shahril Saari
4. Faizal Muhammad
5. Muhaimin Omar
6. Muslim Ahmad
7. Nik Zul Aziz Nawawi
8. Hasmizan Kamaruddin
9. Mazlizam Mohammad
10. Zubir Azmi
11. Marzuki Yusof
12. Hariri Mohd Safii
13. Reeshafiq Alwi
14. Ismail Faruqi
15. Shamsul Kamal Mohamad
16. Joseph Kalang Tie
17. Ahmad Nordin Alias
18. Shukur Jusuh
19. Ashaari Shamsuddin
20. Fakhrurazi Musa
21. Abdul Hadi Yahya
22. Mohd Aalim Fahmi
23. Abdul Manaf Mamat
24. Muhamadou Sumareh

Rating : 8.5/10
Ramalan : Antara pasukan pencabar kejuaraan

Dalam saingan musim 2011, Terengganu telah mencatatkan prestasi yang agak menganggakan dengan muncul naib juara Liga Super, Juara Piala FA serta naib juara Piala Malaysia.

Untuk menghadapi musim 2012, Terengganu berjaya mengekalkan pemain-pemain terbaik mereka(kecuali Ronny Harun serta Helmi Rameli) namun kehilangan jurulatih yang membawa kejayaan kepada mereka iaitu Irfan Bakti yang telah berhijrah ke Selangor. Namun pengganti Irfan juga merupakan bekas jurulatih yang pernah membawa Terengganu muncul Juara Piala Malaysia pada tahun 2001, Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan seharusnya berasa bertuah kerana beliau mewarisi sebuah pasukan yang cukup sempurna. Bermula dari posisi penjaga gol hinggalah ke posisi serangan, skuad Terengganu kali ini dilimpahi dengan pemain yang cukup berbakat.

Bagi posisi penjaga gol, Sharbinee cukup semerlang mengawal gawang daripada dibolosi lawan. Malah Sharmiza penjaga gol kedua pasukan ini juga tidak mengecewakan andai diberi peluang beraksi.

Pertahanan Terengganu dijangka bertambah mentap dengan kemasukan Muslim Ahmad yang dijangka akan bergandingan bersama ketua pasukan Marzuki Yusof di posisi pertahanan tengah. Sambil itu Faizal Muhammad serta Zubir Azmi diramalkan bakal mengisi posisi pertahanan kanan dan kiri skuad penyu. Pemain seperti Mazlizam Mohammad, Muhaimin Omar serta Hariri Mohd Safii perlu berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Di bahagian midfield, muncul sedikit masalah apabila pemain import Tercio Nunes Machado gagal beraksi dalam Liga Malaysia musim ini kerana tidak melepasi syarat pemain import sepertimana yang telah ditetapkan. Namun begitu, Terengganu sebenarnya tidak begitu merasakan ketiadaan Tercio Nunes kerana pemain tempatan yang ada dilihat mampu menangani kekurangan tersebut. Pemain yang dilihat cukup berpengaruh dibahagian ini ialah Ashaari Shamsudin yang boleh bergerak dibahagian tengah ataupun di bahagian sayap. Sekiranya Ashaari tidak bermain, dilihat pasukan ini seperti terumbang-ambing. Ismail Faruqi ataupun Ahmad Nordin Alias dilihat sebagai gandingan terbaik Ashaari dibahagian tengah. Dibahagian sayap, dua pemain yang berasal dari Sarawak, Reshafiq Alwi serta Joseph Kalang Tie bakal menjadi taruhan Mat Zan.

Dibahagian serangan Mat Zan mempunyai sekurang-kurangnya tiga pemain penyerang yang boleh diharapkan. Pemenang kasut emas Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat serta penyerang import dari Gambia, Mohamadou Suamareh.

Sekiranya Mat Zan berjaya membentuk keserasian antara pemainnya, tidak mustahil pencapaian musim lalu mampu diulangi.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan