Pages

Monday 12 December 2011

Bilakah masanya Bolasepak Malaysia akan Menerima Pengaruh Bolasepak Brazil?






Gambar diatas adalah sebahagian daripada kejayaan yang dilakar oleh pengaruh Bolasepak Brazil yang sememangnya merupakan kuasa agung dalam arena bolasepak dunia sepanjang zaman.

Sejarah juga membuktikan menunjukkan bahawa Brazil mempengaruhi pasukan pasukan gergasi di Asia secara menyeluruh. Kuwait, Saudi Arabia, Jepun, China dan lain-lain semua dipengaruhi oleh corak permainan bola sepak Brazil. Iraq memenangi Piala Asia pada tahun 2007 di bawah Jorvan Viera. Sedangkan apa infrastruktur yang ada pada negara Iraq pada ketika itu selain pengkalan tentera dan hospital yang padat dengan pesakit akibat perang?
 
Pemain dari negara kita yang bernama Kumaahran,berasal daripada Pulau Pinang akan bertolak ke Belo Horizonte pada tahun depan untuk bersama pasukan Cruzeiro selama 3 bulan. Tahukah anda, bahawa kelab yang tertarik dengan corak permainan Kumaahran ini iaitu Cruzeiro adalah kelab yang menghasilkan Ronaldo pada suatu masa dahulu. Mereka juga merupakan juara Brazil U-16.
Di dalam liga Malaysia sendiri misalnya, Toni Netto telah memenangi 4 piala dalam tiga tahun bersama Perak. Sampai sekarang, dia merupakan jurulatih paling cemerlang dalam sejarah Bolasepak Perak!
Peluang sememangnya sudah terhidang di hadapan kita. FAM mungkin sudah boleh berfikir untuk menukar corak permainan skuad Malaysia kepada corak Samba. Pihak di Brazil sememangnya pasti dengan senang hati untuk memberi tunjuk ajar jika ada kerjasama yang mahu dijalinkan oleh FAM kerana dengan terjalinnya kerjasama itu, maka kehebatan Brazil diiktiraf secara tidak langsung. Bukankah nama Brazil juga yang akan disebut jika Malaysia berjaya satu hari nanti.

Corak permainan Malaysia kalau diperhatikan dengan betul lebih sesuai dengan gaya permainan seperti pasukan Brazil dan kurang sesuai dengan corak permainan seperti di Eropah. Bayangkanlah jika Nazmi Faiz dihantar ke Brazil? Bakat yang ada padanya mungkin akan lebih hebat dan mungkin akan sama taraf seperti Kaka, pemain yang dikatakan mempunyai paras rupa serta gaya permainan yang lebih kurang sama.


Namun begitu, kita bukan hanya mahukan Nazmi sahaja yang berjaya, tetapi matlamat kita adalah melahirkan lebih ramai pemain bolasepak yang berbakat besar dan tidak mengharapkan pada seseorang individu sahaja.


Sekadar pendapat peribadi.


Foto: Crc Penang
Sumber: Crc Penang
Penulis dan Editor: Pecinta Bola