Pages

Thursday 29 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Kedah


Pengurus : Datuk Khazali Din
Jurulatih : Wan Jamak Wan Hassan
Jurulatih Sementara : Nidzam Adha Yusof

Senarai pemain :
1. Mohd Helmi Eliza Elias
2. Mohd Fauzi Nan
3. Bashahrul Abu Bakar
4. Mohd Sanny Mat Isa
5. Danilo Vivaldo (Brazil)
6. Azmizi Azmi
7. Baddrol Bakhtiar
8. Mohd Amar Rohidan
9. Abdul Latiff Suhaimi
10. Daniel Soares Neves (Brazil)
11. Mohd. Sany Mat Isa
12. See Kok Luen
13. Khairul Helmi Johari
15. Mohd Kamal Azira Abdul Manah
16. Mohd Fazliata Talib
17. V. Thirumugan
18. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
19. Faizal Abu Bakar
20. Ahmad Basri Abdul Wahid
21. Mohd Sabree Mat Abu
22. Abdul Hadi Hamid
25. Mohd Muhaimin Mohamad

Rating : 8.0
Ramalan : Kedudukan pertengahan liga.

Pengantungan 7 perlawanan keatas jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan serta pembantunya, Radi Mat Din (4 perlawanan) serta jurulatih penjaga gol Ahmad Sobri Ismail (4 perlawanan) menjejaskan persiapan pasukan Kedah bagi menghadapi kempen Liga Super 2012. Untuk menampung ketiadaan Wan Jamak, Nidzam Adha Yusof telah dilantik sebagai jurulatih sementara skuad Kedah.

Melihat kepada senarai pemain pasukan Kedah musim ini, semua posisi kelihatan seimbang kecuali dibahagian serangan. Elok kita berbicara mengenai pasukan ini bermula dari posisi penjaga gol hingga ke posisi serangan.

Helmi Eliza dijangka akan terus diberikan kepercayaan untuk mengawal gawang pasukan Kedah sambil Abdul Hadi Abdul Hamid bersaing hebat untuk merebut posisi penjaga gol utama skuad kenari pada musim 2012.

Di barisan pertahanan pemergian Shafizan Hashim mungkin akan memaksa Fauzi Nan beraksi diposisi pertahanan kiri. Selain Fauzi, Sabree Mat Abu juga boleh bermain diposisi bek kiri dan kanan. Tempat V.Thirumurugan dibek kanan sukar digugat dan beliau dijangka akan menjadi pilihan utama Nidzam sambil Khairul Helmi Johari menanti peluang untuk diturunkan. Bagi posisi pertahanan tengah pula pertahanan tinggi lampai Danilo Vinaldo dijangka akan berpasangan sama ada Basharul Abu Bakar ataupun Azmizi Azmi.

Midfield pasukan Kedah dilihat agak mantap dengan adanya pemain seperti Baddrol Bakhtiar serta Khyrill Muhymeen yang bukan sahaja boleh bermain dibahagian tengah dan sayap malahan boleh bertindak sebagai penyerang. Faizal Abu Bakar juga boleh bertindak dibahagian sayap sambil Daniel Suarez Neves akan mengemudikan bahagian tengah. Beliau berkemungkinan akan digandingkan sama ada bersama Amar Rohidan ataupun See Kok Luen.

Selepas pemergian Azlan Ismail ke Kelantan, posisi serangan Kedah tampak goyah kerana ketiadaan penyerang tulen yang berpengalaman untuk merobek kubu lawan. Keadaan ini mungkin memaksa Khyrill ataupun Baddrol akan bertindak dibahagian hadapan. Pemain muda Shazuan Matthews Ashraf perlu bersedia memainkan peranan utama dibahagian serangan andai diberikan peluang membarisi serangan pasukan Kedah dalam saingan Liga Super nanti.

Penulis meramalkan pasukan Kedah berada pada kedudukan pertengahan liga, dalam saingan Liga Super 2012, namun ia bukan bermaksud memperkecilkan kemampuan pasukan ini. Jurang antara pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super kali ini tidak jauh berbeza antara satu pasukan dan pasukan lain. Mungkin Kedah akan mendapat keputusan lebih baik dari apa yang penulis ramalkan, segala kemungkinan boleh berlaku.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan