Pages

Sunday 4 December 2011

Kenali Mereka : Hasmawi Hassan


Hasmawi Hassan (lahir 4 Ogos 1980) adalah pemain yang sanggat berbakat,beliau bermain di bahagian penyerang walaupun badannya agak berisi beliau juga mempunyai menyeludah yang sanggat baik sehingga digeruni pihak lawan .Beliau dikenali sebagai "Mawi" dikalangan rakan sepasukan dan juga digelarkan sebagai Michael Owen Pulau Pinang.Sekarang beliau berusia 31 tahun dan masih lagi giat dalam dunia bolasepak tanah air.

Penyerang kelahiran Pulau Pinang ini merupakan salah satu pemain terbaik di Pulau Pinang sejak pasukan senior di musim 1998.Dia mendapat beberapa panggilan untuk latihan dengan pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia pada tahun 2002.Beliau tertah berbakti kepada bandar kelahirannya itu selama 6 tahun sejak 1998 hingga 2003.Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Pulua Pinang ialah :

- Juara Liga Perdana Tahun 1998
- Juara Liga Perdana Tahun  2001
- Juara Piala Fa Tahun 2002
- Juara Piala Sumbangsih Tahun 2003

 

Selepas beberapa musim bermain dengan pasukan negerinya itu, Hasmawi Hassan melebarkan kareirnya dengan menandatangani kontrak dengan pasukan Kedah sejak tahun 2004.Beliau menjadi pemain tunjang kekuatan untuk pasukan kedah ketika itu,sehinggalah munculnya pemain muda kelahiran kedah iaitu Mohd Khyril Muhymeen yang mengambil alih tempatnya.Pada tahun 2006-2007 hasmawi digandingkan dengan Marlon Alex James sebagai penyerang,gandingan ini amat berkesan sehinggan pada tahun 2007,Hasmawi membantu pasukan Kedah menjuarai piala malaysia tahun 2007 dan menjuarai piala FA tahun 2007. Selepas 4 musim bersama kedah dia dibebaskan oleh Persatuan Kedah selepas tamat musim 2008.Antara pencapaian Hsmawi Hassan dengan Kedah ialah :

- Juara Liga Perdana 2006
- Juara Piala Malaysia Tahun 2007
- Juara Piala FA Tahun 2007
- Juara Liga Super 2007
- Juara Piala Malaysia Tahun 2008
- Juara Piala FA Tahun 2008
 Juara Liga Super 2008

 
Untuk musim 2009, selepas beliau dibebaskan oleh pasukan Kedah,beliau kemudian menandatangani kontrak dengan,Felda United FC yang dibimbing oleh E. Elavarasan,ketika musim itu Felda united beraksi di liga perdana,Hasmawi jarang diturunkan sebagai pemain utama dan beliua kerap menjadi pemanas dibangku simpanan sahaja,Hasmawi Hassan bermain bersama pasukan Felda United selama 2 musim.Pada tahun 2010 selepas mengharungi 21 perlawanan, Felda United unggul  mendahului carta teratas liga dengan mengumpul 49 mata bagi meninggalkan pencabar terdekat mereka, PKNS Selangor dengan 45 mata.Munir Amran muncul wira Felda United  apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh pada minit ke-64 selepas lontaran jauh Abdul Ghani  Rahman ditepis dengan menggunakan tangan oleh pertahanan  Harimau Muda, Amer Saidin. Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Felda United ialah :

- Juara Liga Perdana Tahun 2010
 

Tamat musim 2010 Hasmawi Hassan kembali untuk berbakti kepada Pulau Pinang pada musim 2011,beliau datang dalam pemilihan pemain Pulau Pinang untuk tahun 2011,ketika dalam pemilihan Hasmawi mengalami kecederaan,Pulau Pinang terpaksa melupakan hajat untuk memilik Michael Owen ini kembali


Musim 2011,Negeri Sembilan dibawah kendalian Azrai Khor Abdullah buntu untuk mengatur strategik kerana beberapa pemain utama masih dibelenggu kecederaan dan penggantungan, termasuk Hairuddin Omar, Mohd Shaffik Abd Rahman dan S Kunalan (tengah) manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, yang mengelami kecedera.Azrai yang pernah menjadi jurulatih pasukan Kedah masih lagi berminat dengan corak Hasmawi hassan lalu Azrai mengambil keputusan untuk mengambil Hasmawi Hassan menyertai pasukan negeri Sembilan.Tapi sayang sepanjang Hasmawi di Negeri Sembilan Hasmawi cuma diberikan beberapa peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan ketika saingan piala malaysia Negeri Sembilan bertemu Terengganu dan beberapa di perlawanan Liga Super kemungkin ini adalah disebabkan kecederaan yang di alami Hasmawi amat serius.Antara pencapaian Hasmawi Hassan dengan Negeri Sembilan ialah :

- Juara piala Malaysia tahun 2011.

Tamat habis musim 2011,kini Hasmawi kembali untuk membantu Pulau Pinang .Hasmawi datang pemilihan dan dia berjaya menambat hati jurulatih pasukan Pulau Pinang.Sekarang Hasmawi ibarat sirih pulang ke gagang kerana sudah kembali dengan pasukan kelahirannya itu.Kami mengharapkan agar Hasmawi Hassan dapat membantu pasukan Pulau Pinang untuk menjuarai Liga FAM sekali gus dapat melayakkan pasukan  kelahirannya itu ke Liga Perdana dan seterusnya ke Liga Super.