Pages

Friday 2 December 2011

Jangan Susahkan Penyokong di Stadium!

Penyokong bolasepak di luar negara khususnya EPL begitu beradab(tolak tepi makian,mengangkat isyarat lucah dan sebagainya). Tidak membaling mercun, tidak membuat rusuhan di dalam stadium dan sebagainya. Mengapa mereka boleh 'dididik' sebegitu?Penyokong di Malaysia pula segelintirnya telah mempalit lumpur kepada penyokong yang beradab dengan aksi biadap membaling mercun, membuat rusuhan dalam stadium dan sebagainya. Mengapa kita pula jadi begini?

Di luar Negara khususnya EPL, pihak pengurusan stadium telah meletakkan syarat yang begitu ketat kepada sesiapa yang ingin masuk ke stadium bagi menyokong pasukan pilihan masing-masing. Amat ketat peraturan di sana.Berbeza pula dengan kita di Malaysia, di luar pintu masuk ke dalam stadium, begitu gah dengan papan tanda dilarang membawa masuk bahan-bahan larangan. Tetapi pada hakikatnya, tetap akan terlepas juga bahan-bahan tersebut.

Pihak pengurusan stadium di EPL, di pintu masuk stadium akan ada alat pengesan bahan letupan dan sebagainya seperti yang ada di lapangan terbang. Di Malaysia pula, hanyalah abang-abang RELA bersama Polis yang mengadakan pemeriksaan badan. Tetapi masih ada juga mercun yang akan kedengaran di dalam stadium. Mercun itu disimpan di tempat sulitkah sampai mudah untuk terlepas daripada kawalan?

Di EPL, para penyokong yang gagal berkelakuan baik(merusuh,masuk ke padang dan sebagainya) akan diharamkan sampai mati untuk menjejakkan kaki ke stadium jika ditangkap. Bagaimana mereka menangkap, melalui pemeriksaan CCTV. Di Malaysia, buat la sesuka hati jangan masuk kes dadah saja, pasti ditangkap dan akan dilepaskan semula selepas tamat perlawanan. “Berlakon aje tu”. Paling berat pun tidur lokap semalaman.




Bagaimana pihak pengurusan stadium EPL dapat mengenal pasti individu yang sudah diharamkan ke stadium? Melalui tiket yang dibeli. Di sana jika hendak membeli tiket jika tidak salah admin perlu menggunakan kad pengenalan. Di pintu masuknya pula akan ada mesin/pintu tiket automatik. Cara penggunaannya sama seperti penggunaaan pintu tiket LRT. Jika tidak salah admin, Tan Sri Anuar Musa pernah mencadangkan kaedah ini dilaksanakan di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV. Akan dilaksanakan atau tidak kurang pasti pula admin.

Namun begitu usaha Tan Sri itu sendiri perlu dipuji kerana kaedah ini dapat mengurangkan atau lebih hebat dapat mensifarkan perbuatan yang kurang bertamadun ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti serta peratus keselamatan ketika menonton bola sepak di stadium. Mungkin akan ada yang memandang remeh hal ini.

Tidak kurang juga yang akan berkata benda ini kalau mahu dilaksanakan perlulah ada modal yang besar kerana melibatkan kos yang tinggi. Benar ia melibatkan kos yang tinggi, oleh itu setiap anggota majlis tertinggi FA-FA negeri dan juga FC-FC kelab perlu berusaha lebih masa untuk menyakinkan syarikat-syarikat besar yang ada di Malaysia ini. Bukan hanya sekadar mengharapkan geran tahunan daripada FAM semata-mata.

Dengan peruntukan tajaan daripada Astro sebanyak RM 30 juta setahun, bukanlah angka yang banyak jika diambil kira pembahagian antara pasukan yang bertanding dalam liga M. RM 30 juta bukan hanya untuk geran tahunan FA/FC, tetapi itu turut melibatkan peruntukan untuk pembangunan bakat-bakat baru dalam arena Bolasepak Malaysia.

Satu lagi, kepada CEO-CEO syarikat besar, menajalah sesebuah pasukan itu jika kertas kerja daripada ahli FA/FC itu benar-benar berkualiti dan mampu dilaksanakan. Jangan hanya sekadar lebih gah mengagungkan liga luar Negara dengan menaja liga itu tetapi liga sendiri dianak tirikan.

Ayuh, masih ada masa untuk semua ini dilaksanakan demi kesejahteraan dan keselamatan penyokong untuk datang menyokong di stadium. Jangan biarkan stadium tidak selamat untuk dihadiri penyokong angkara segelintir yang membuat onar dalam hal ini. Kepada pelaku, hentikanlah perbuatan anda itu ! Anda sedang bahayakan nyawa orang. Jika mercun yang anda baling itu terkena kepada isteri/anak orang, sudah pasti akan mendatangkan kecederaan dan marah ahli keluarga mangsa. Ingat nanti kalau kena dekat ahli keluarga sendiri tak perlu la melenting tak tentu pasal. Anda pun sama sahaja.

Foto:Goggle
Penulis:Pecinta Bola