Pages

Saturday 31 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Sabah


Pengurus : Shahriman Abdullah
Jurulatih : Justin Ganai

Senarai pemain :
1. Syed Adney Syed Hussein
2. Azizon Abdul Kadir
3. Irwan Jamil
4. Reithauddin Awang Embran
5. Mohd Fareez Azlan Mat Isa
6. Rozaimi Abd Rahman
7.  Ronny Harun
8. Mafry Balang
9. Sumardi Hajalan
10. Alto Linus
11. Rosdin Wasli
12. Brendan Gan (Australia)
13. Zuraindey Jumai
14. Sabri Sahar
15. Julamri Muhammad
16. K.Thanaraj
17. Naim Ahmad
18. Sharudin Yakup
19. Mohd Radzi Alipp Hussin
20. Sharul Azhar Ture
21. Bobby Gonzalez
22. Michael Baird (Australia)
23. Zainizam Marjan
24. Saffuan Ibrahim
25. Juffry Omopor
26. Razlan Oto
27. Leopold Alfonso


Rating : 7.5/10
Ramalan : Kedudukan pertengahan liga

Kehadiran Justin Ganai menggantikan Gary Phillips pada penghujung saingan Liga Super 2011 telah memberi satu dimensi baru dalam pasukan Sabah. Justin ternyata bijak mengadunkan kombinasi pemain berpengalaman serta pemain muda yang diserap dari skuad Piala Presiden menjadi sebuah pasukan yang kental serta sukar untuk ditewaskan.

Untuk menghadapi cabaran musim 2012 nanti, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Justin Ganai. Boleh dikatakan 90% dikekalkan daripada skuad musim lepas. Namun penyokong pasukan negeri dibawah bayu ini pastinya gembira apabila SAFA berjaya mendapatkan 2 pemain yang pernah menjadi hero mereka sebelum ini iaitu Ronny Harun serta Bobby Gonzales.

Selain itu kehadiran pemain import Brendan Gan serta Michael Baird turut menceriakan penyokong Sabah. Penulis juga begitu teruja untuk melihat persembahan Brendan Gan bermain dalam Liga Malaysia. Ia dipengaruhi oleh faktor ramai rakyat Malaysia yang mahukan beliau mewakili Malaysia dipentas antarabangsa kerana bapanya merupakan rakyat Malaysia. Namun ia agak sukar untuk direalisasikan memandangkan Brendan juga sayangkan kerakyatan Australia yang dimilikinya.

Seperti musim lalu, posisi penjaga gol utama pasukan Sabah untuk musim 2012 akan menyaksikan perebutan antara 2 bekas penjaga gol kebangsaan, Azizon Abdul Kadir serta Syed Adney Syed Hussain. Melihatkan keadaan terkini, Justin lebih cenderung meletakkan Azizon sebagai penjaga gol utama, manakala Syed Adney sebagai penjaga gol kedua.

Di posisi pertahanan tengah, kapten pasukan Reithaudin Awang Emran dijangka akan bergandingan bersama Mafri Balang. Sementara itu Ronny Harun akan bersaing bersama Fariss Azlan Mat Isa diposisi pertahanan kiri. Manakala bagi posisi pertahanan kanan, Sumardi Hajalan dijangka bakal mengisi posisi tersebut.

Barisan midfield Sabah pula akan dibarisi Brendan sebagai pemain tengah menyerang, Rosdin Wasli sebagai pemain tengah bertahan . Alto Linus, Naim Ahmad, Radzi Hussin serta Sabri Sahar akan bersaing bagi merebut posisi pemain tengah Sabah. Manakala pemain sayap akan diterajui pemain muda berbakat Rozaimi Abd Rahman, Shahrul Azhar Ture, K.Thanaraj ataupun Sharudin Yakup.

Dua pemain baru Sabah, Bobby Gonzales serta Michael Baird dijangka akan menjadi pilihan utama Justin untuk mengetuai serangan pasukan Sabah musim ini. Selain itu Razlan Oto, Saffuan Ibrahim serta Leopold Alfonso Otong juga dalam senarai untuk diturunkan oleh Justin Ganai.

Secara keseluruhannya, skuad Sabah kali ini dilihat lebih kuat berbanding musim lepas. Ia ditambah dengan persediaan rapi yang dilakukan sebaik sahaja, perjuangan Sabah berakir dalam kempen Piala Malaysia 2011. Mungkin ada kejutan yang akan dilakukan oleh pasukan ini dalam saingan Liga Super 2012.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan