Pages

Friday 14 December 2012

Luka di hati hasil hirisan pisau keegoaan Rajagobal!


Luka di hati hasil hirisan pisau keegoaan Rajagobal!

Ketika artikel ini ditulis,penulis masih ingat,mengenang dan menghargai  jasa seorang insan diberi nama K Rajagobal. Seorang jurulatih yang telah berada di Wisma FAM sejak 2003 lagi. Segala kejayaan yang ditakluk dibawah jajahan Raja dari April 2009 sehingga 2012, tidak timbul isu tidak mengenang jasa selepas artikel penuh ini ditulis. Harap maklum!

Dis 2009, selepas hampir 20 tahun tidak menggenggamnya, namun dibawah kendalian Raja, skuad bawah 23 tahun telah menggapai pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos. Kejayaan itu tidak terhenti disitu, Dis 2010, buat julung kalinya Malaysia telah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 di Indonesia. Namun lumrah alam, wujudnya manis sudah pasti wujudnya pahit.

Hati ini terluka pada Julai 2011 apabila kesilapan percaturan Rajagobal telah menyebabkan Malaysia terpaksa menelan hakikat terkandas di pusingan ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2014 ketika bertemu jiran setempat, Singapura. Namun Rajagobal masih angkuh dengan aturannya itu biarpun hakikatnya semua penyokong bola sepak tempatan boleh melihat betapa rapuhnya taktikalnya.

12 Dis 2012, sekali lagi hati ini dilukai oleh Rajagobal. Tewas lagi kepada jiran setempat, Thailand pada aksi Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012. Benar mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar untuk memenanginya namun seandainya gaya sang juara itu hilang dibawa arus keegoaan Raja, apa lagi yang boleh peminat katakan mengenai sikap tersebut selain rasa kecewa yang tak terhingga?

Seperti yang penulis katakan 2 bulan sebelum kejohanan AFF kali ini, jika Rajagobal gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 2 tahun yang lalu, beliau wajib untuk meletakkan jawatan sendiri  secara terhormat biarpun beliau berulang kali mengatakan “target utama saya adalah layak secara merit ke Piala Asia 2015”.

Mengapa penulis berkata sedemikian? Ini memandangkan mana mungkin jika di rantau Asia Tenggara sendiri pun ‘menggelupur’ untuk menjadi sang jaguh serantau,inikan pula mahu menakluk Asia! Taktikal Rajagobal yang boleh dikategorikan sebagai ‘ketinggalan’ dan kesilapan aturan taktikal yang berlaku secara kerap tidak dapat memberi jaminan bahawa layak ke Piala Asia 2015 dapat ditakluk.

Sikap Rajagobal yang kelihatan cukup ego apabila tidak mahu mengakui kesilapan diri sudah pasti menambahkan rasa kurang senang peminat kepadanya. Berbicara mengenai terkandasnya Malaysia di semi final kali ini, benar ada unsur yang menyebabkan skuad Negara gagal ke final, namun bagaimana mahu melangkah dengan yakin ke final jika dari perlawanan pertama taktikal sudah goyah?

Kalah menang adalah adat dalam bola sepak, namun jika awal-awal lagi tewas yakni taktikal,siapa lagi yang perlu dipertanggungjawabkan jika bukan si pembuat taktikal? Benar juga pemain turut bersalah, namun pemain hanya menjalankan tugas yang diberikan oleh jurulatih. Sekali ingkar arahan jurulatih, maka tradisnya bangku simpananlah jawapan kepada kedegilan mendengar arahan si pembuat taktikal.

Selain itu, kesilapan memilih para pemain ke kejohanan juga boleh dipersoalkan. Bukan mahu menindakkan krebiliti Rajagobal, namun apabila pemain yang ‘on form’ dalam liga tidak terpilih dan yang terpilih pula lebih kepada bersandarkan sejarah lampau sebagai tanda aras pemilihan, siapa yang tidak kecewa dengan tindakan tersebut,seolah menafikan hak pemain yang beraksi cemerlang?

Disamping itu, penulis juga tidak dapat menerima alasan “kita kehilangan 5 pemain utama,apa lagi yang boleh kita harapkan?” Wahai Rajagobal, sedarlah, ini skuad Kebangsaan yakni  pentas menghimpunkan pemain-pemain terbaik semasa dalam liga, bukannya skuad kelab/negeri yang seandainya hilang pemain utama,maka akan terjejaslah aksi sesebuah pasukan tersebut.

Jika Rajagobal masih berpegang kepada alasan tersebut,maka benarlah bahawa beliau sendiri telah mendedahkan secara tak langsung bahawa beliau telah gagal menilai siapa yang layak mewakili skuad kebangsaan. Lagi satu agak muak dengan kenyataan media, “saya kenal pemain saya!”, jika anda kenal pemain anda,mengapa boleh terjadi kesilapan meletakkan pemain di posisi sepatutnya?

Apa alternatif kepada masalah ini? Kita perlu mengambil semula jurulatih import! Mengapa? Sebagai bukti,lihat sahajalah Thailand, 2 tahun yang lalu, mereka itu bukanlah seperti sekarang. Bayangkan dalam masa 2 tahun, gaya permainan Thailand telah berubah selepas mengambil jurulatih import yang baharu. ‘Gameplay’ seperti pasukan luar Negara,kawalan bola penuh kualiti dan juga hantarannya.

Secara peribadi, penulis merasakan pemain skuad Malaysia ketika ini masih terbaik, Cuma cara Rajagobal memantapkan mutu dan kualiti yang ada pada mereka sudah tidak relevan, mungkin kita perlu tukar jurulatih baru,umpama satu murid kelas yang cemerlang tetapi gagal di peperiksaan, bukan murid yang perlu ditukar,namun seorang guru yang perlu berubah, tak gitu?

Cukuplah sekadar disini sahaja,banyak lagi yang mahu ditulis,namun masa membataskan penulis kali ini, dan seandainya FAM masih ingin mengekalkan Dato K Rajagobal, individu ini perlu segera mengubah sikap keegoannya. Tak salah bertemu jurulatih dalam Liga M bagi bertukar pendapat. Marijo Tot, Bojan Hodak, Dato M Karathu antara jurulatih yang mempunyai taktikal yang hebat, pergilah berjumpa mereka untuk memantapkan skuad Negara, tak salah bukan?

Sekian, harap maaf kepada semua yang tak puas hati dan terasa hati, penulis juga insan biasa, jika tidak sehaluan pendapat, maka lawanlah hujah anda,tapi jaga bahasa,kita rakyat Malaysia,ada budi bahasa. J

Penulis:Pecinta Bola




10 Dalil Kenapa Rajagobal Harus Berundur Sebagai Jurulatih Malaysia.



1. Selepas menjuarai Piala AFF 2010 tiada sebarang peningkatan yang telah dipamerkan oleh pasukan bimbingannya. Ranking FIFA skuad kebangsaan terus merudum lantaran seringkali tewas dalam aksi persahabatan antarabangsa. Bila di tanya mengenai ranking pasukan negara yang terus merudum, Rajagobal dengan angkuh mengatakan ranking itu tidak penting. Ini satu mentaliti yang seharusnya tidak wujud dalam pemikiran seorang jurulatih kebangsaan.
2. Meletakkan “maruah” skuad kebangsaan ditahap paling bawah dengan tidak serius menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa. Bukan tidak boleh “bereksperimen”, tetapi jangan sampai mudah dibelasah lawan atau dimalukan lawan. Sebagai contoh, sesuatu yang tidak boleh diterima apabila pasukan Malaysia sekadar seri dengan pasukan seperti Bangladesh dalam rangka persiapan sebelum Piala AFF.
3. Tidak memilih barisan pemain terbaik daripada 22 orang pemain yang dipilihnya untuk mewakili Malaysia dalam Piala AFF. Ketika skuad Malaysia tempang menghadapi lawan lantaran masalah kecederaan , dua pemain untuk kuota tengah dan serangan iaitu Fakri serta Hazwan Bakri langsung tidak digunakan semasa pertemuan getir menentang Thailand. Rajagobal sendiri kurang mempercayai pemain yang dipilihnya. Lantas timbul persoalan, jika 2 pemain ini gagal menambat hatinya, kenapa beliau tidak memanggil pemain seperti lain seperti Baddri Radzi ataupun Norfarhan Mohamad untuk menghadapi kejohanan tersebut? Kuota untuk  2 pemain ternyata telah dipersia-siakan oleh Rajagobal  
4. Kepercayaan karut yang diamalkan Rajagobal dengan menganggap jersi kuning + hitam tidak membawa tuah. Akibatnya peminat langsung tidak berpeluang untuk menyaksikan pemain negara memakai jersi tradisi Harimau Malaya di gelanggang sendiri mahupun di gelanggang lawan! Sepatutnya Rajagobal harus belajar dari Ong Kim Swee yang berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA 2011 bersama skuad Harimau Muda dengan warna jersi kuning + hitam  tersebut. Fakta yang harus dipelajari oleh Rajagobal ialah, pakai jersi warna apa sekalipun boleh menang asalkan mempamerkan persembahan terbaik.
5. Taktikal yang mudah dibaca lawan. Lawan di rantau Asean sudah masak dengan taktikal yang digunakan Rajagobal. Taktikal yang digunakan semasa Piala AFF 2010 hampir sama dengan apa yang disajikan dalam Piala AFF 2012. Bezanya untuk menutup kelemahan dibahagian tengah bertahan, beliau menggunakan 2 pemain diposisi tersebut, serta seorang penyerang semasa perlawanan separuh akhir menentang Thailand.
6. Ego untuk mengaku kelemahan sendiri. Jika di kritik, sudah pasti alasan pernah menjuarai Sukan SEA 2009 serta Piala AFF 2010 menjadi modalnya. Kejayaan lampau menjadikan Rajagobal semakin ego bukannya menambahkan motivasinya untuk mencipta kejayaan lebih gemilang bersama skuad kebangsaan. Benar, kejayaan tersebut adalah hasil daripada kerja kerasnya membimbing skuad kebangsaan, namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk terus berada di “zon selesa”. Lihat Alex Ferguson, pernahkan dia menjadikan kejayaan lampau untuk dijadikan alas an menutup kelemahan pasukannya?
7. Sebagai jurulatih, Rajagobal turut gagal memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan. Kelemahan yang wujud semasa perlawanan persahabatan gagal di perbaiki menjelang kejohanan sebenar. Rentetan kekalahan semasa perlawanan persahabatan sepatutnya diambil serius punca kegagalan untuk diperbetulkan, malangnya ia tidak berlaku.
8. Dalam kelayakan Piala Asia 2015, Malaysia telah di undi dalam Kumpulan D bersama 3 pasukan dari timur tengah Qatar, Bahrain dan Yemen. Benar Rajagobal menjadikan kelayakan Piala Asia sebagai misi utamanya. Tetapi persiapan kearah itu dilihat agak pincang. Tiadanya perlawanan persahabatan dari pasukan negara rantau tersebut. Dengan semua pasukan lawan dalam perlawanan persahabatan adalah dari negara di rantau Asean selain Hong Kong, India dan Bangladesh, ia lebih dilihat sebagai persiapan menghadapi Piala AFF dan bukannya kelayakan Piala Asia. Jika persiapan satu tahun lebih untuk menghadapi Piala AFF telah gagal mempertahankan kejuaraan, adakah dengan persiapan kurang 2 bulan Rajagobal mampu membawa Malaysia  layak ke Piala Asia?
9. Majoriti penyokong bolasepak Malaysia mahukan agar Rajagobal digantikan dengan jurulatih yang lebih cemerlang agar mutu bolasepak negara terus berkembang dan tidak hanya  statik ataupun terus merudum. Bukan tidak menghargai jasa beliau, cuma untuk lebih berjaya satu pendekatan baru harus digunakan demi kemajuan bolasepak negara.
10. Untuk alasan yang ke-10, biarlah anda sebagai penyokong bolasepak Malaysia yang menyatakan kenapa Rajagobal perlu berundur sebagai jurulatih Malaysia. Nyatakan pendirian anda diruangan komen blog ini.


Thursday 1 November 2012

Senarai 24 Pemain Untuk Aksi Persahabatan Menentang Vietnam

Berikut senarai 24 pemain yang terpilih bagi aksi perlawanan persahabatan menentang Vietnam pada 3hb November 2012. Perlawanan bakal berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi.

Penjaga Gol
1. Khairul Fahmi Che Mat
2. Farizal Marlias

Pertahanan
3. Aidil Zafuan
4. Fadhli Shas
5. Amiridzwan Taj Tajuddin
6. Faizal Muhammad
7. Azmi Muslim
8. Mahali Jasuli
9. Bunyamin Omar
10. Zubir Azmi

Midfield
11. Shakir Shaari
12. Amar Rohidan
13. Gary Steven Robbat
14. Safiq Rahim
15. Wan Zack Haikal Wan Nor
16. S.Kunanlan
17. R.Gopinathan
18. Azamuddin Mat Akil
19. Baddrol Bakhtiar
20. Fakri Saarani

Penyerang
21. Khyrill Muhymeen
22. Safee Sali
23. Norshahrul Idlan Talaha
24. Zaquan Adha

Thursday 25 October 2012

Senarai Terkini 35 pemain Malaysia ke Piala AFF Suzuki 2012


1
MOHD FARIZAL BIN MARLIAS (GK)
GK
2
MAHALLI BIN JASULI
DF
3
MOHD FAIZAL BIN MUHAMAD
DF
4
MOHD RIZAL FAHMI BIN ABD ROSID
DF
5
MOHD BUNYAMIN BIN UMAR
DF
6
AMIRIZDWAN TAJ BIN TAJUDIN
DF
7
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN BIN ABD RADZAK
DF
8
SAFIQ BIN RAHIM
MF
9
NORSHAHRUL IDLAN BIN TALAHA
FW
10
MOHD SAFEE BIN MOHD SALI
FW
11
MOHAMAD AZMI BIN MUSLIM
DF
12
AMAR  BIN ROHIDAN
MF
13
AHMAD FAKRI BIN SAARANI
FW
14
MOHD KHYRIL MUHYMEEN BIN ZAMBRI
FW
15
GARY STEVEN ROBBAT
MF
16
KUNANLAN SUBRAMANIAM
MF
17
MOHAMAD ZAQUAN ADHA BIN ABD RADZAK
FW
18
MOHD SHAKIR BIN SHAARI
MF
19
AZAMMUDDIN BIN MOHD AKIL
MF
20
GOPINATHAN RAMACHANDRA
MF
21
MUHAMMAD ZUBIR BIN MOHD AZMI
DF
22
KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT (GK)
GK
23
BADDROL BAKTHIAR
MF
24
NIK MOHD SHAHRUL AZIM BIN AB HALIM
DF
25
WAN ZACK HAIKAL BIN WAN NOR
MF
26
YONG KUONG YONG
MF
27
MOHAMAD FADHLI BIN MOHD SHAS
DF
28
NORAZLAN BIN RAZALI (GK)
GK
29
IRWAN FADZLI BIN IDRUS
DF
30
AHMAD SHAKIR BIN MD ALI
FW
31
CHRISTIE JAYASEELAN DEVASAGAYAM
MF
32
MOHD AFFIZE FAISAL BIN MAMAT
DF
33
MD ROZAIMI BIN ABD RAHMAN
MF
34
AHMAD HAZWAN BIN BAKRI
FW
35
MOHD IZHAM TARMIZI BIN ROSLAN (GK)
GK