Luka di hati hasil hirisan pisau keegoaan Rajagobal!
Ketika artikel ini ditulis,penulis masih ingat,mengenang dan
menghargai jasa seorang insan diberi
nama K Rajagobal. Seorang jurulatih yang telah berada di Wisma FAM sejak 2003
lagi. Segala kejayaan yang ditakluk dibawah jajahan Raja dari April 2009
sehingga 2012, tidak timbul isu tidak mengenang jasa selepas artikel penuh ini
ditulis. Harap maklum!
Dis 2009, selepas hampir 20 tahun tidak menggenggamnya,
namun dibawah kendalian Raja, skuad bawah 23 tahun telah menggapai pingat emas
Sukan SEA 2009 di Laos. Kejayaan itu tidak terhenti disitu, Dis 2010, buat
julung kalinya Malaysia telah menjulang kejuaraan Piala AFF Suzuki 2012 di
Indonesia. Namun lumrah alam, wujudnya manis sudah pasti wujudnya pahit.
Hati ini terluka pada Julai 2011 apabila kesilapan
percaturan Rajagobal telah menyebabkan Malaysia terpaksa menelan hakikat
terkandas di pusingan ke-2 Kelayakan Piala Dunia 2014 ketika bertemu jiran
setempat, Singapura. Namun Rajagobal masih angkuh dengan aturannya itu biarpun
hakikatnya semua penyokong bola sepak tempatan boleh melihat betapa rapuhnya
taktikalnya.
12 Dis 2012, sekali lagi hati ini dilukai oleh Rajagobal.
Tewas lagi kepada jiran setempat, Thailand pada aksi Separuh Akhir Piala AFF
Suzuki 2012. Benar mempertahankan kejuaraan adalah lebih sukar untuk
memenanginya namun seandainya gaya sang juara itu hilang dibawa arus keegoaan
Raja, apa lagi yang boleh peminat katakan mengenai sikap tersebut selain rasa
kecewa yang tak terhingga?
Seperti yang penulis katakan 2 bulan sebelum kejohanan AFF
kali ini, jika Rajagobal gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi 2 tahun
yang lalu, beliau wajib untuk meletakkan jawatan sendiri secara terhormat biarpun beliau berulang kali
mengatakan “target utama saya adalah layak secara merit ke Piala Asia 2015”.
Mengapa penulis berkata sedemikian? Ini memandangkan mana
mungkin jika di rantau Asia Tenggara sendiri pun ‘menggelupur’ untuk menjadi
sang jaguh serantau,inikan pula mahu menakluk Asia! Taktikal Rajagobal yang
boleh dikategorikan sebagai ‘ketinggalan’ dan kesilapan aturan taktikal yang
berlaku secara kerap tidak dapat memberi jaminan bahawa layak ke Piala Asia
2015 dapat ditakluk.
Sikap Rajagobal yang kelihatan cukup ego apabila tidak mahu
mengakui kesilapan diri sudah pasti menambahkan rasa kurang senang peminat
kepadanya. Berbicara mengenai terkandasnya Malaysia di semi final kali ini,
benar ada unsur yang menyebabkan skuad Negara gagal ke final, namun bagaimana
mahu melangkah dengan yakin ke final jika dari perlawanan pertama taktikal
sudah goyah?
Kalah menang adalah adat dalam bola sepak, namun jika
awal-awal lagi tewas yakni taktikal,siapa lagi yang perlu dipertanggungjawabkan
jika bukan si pembuat taktikal? Benar juga pemain turut bersalah, namun pemain
hanya menjalankan tugas yang diberikan oleh jurulatih. Sekali ingkar arahan
jurulatih, maka tradisnya bangku simpananlah jawapan kepada kedegilan mendengar
arahan si pembuat taktikal.
Selain itu, kesilapan memilih para pemain ke kejohanan juga
boleh dipersoalkan. Bukan mahu menindakkan krebiliti Rajagobal, namun apabila
pemain yang ‘on form’ dalam liga tidak terpilih dan yang terpilih pula lebih kepada
bersandarkan sejarah lampau sebagai tanda aras pemilihan, siapa yang tidak
kecewa dengan tindakan tersebut,seolah menafikan hak pemain yang beraksi
cemerlang?
Disamping itu, penulis juga tidak dapat menerima alasan “kita
kehilangan 5 pemain utama,apa lagi yang boleh kita harapkan?” Wahai Rajagobal,
sedarlah, ini skuad Kebangsaan yakni pentas menghimpunkan pemain-pemain terbaik
semasa dalam liga, bukannya skuad kelab/negeri yang seandainya hilang pemain
utama,maka akan terjejaslah aksi sesebuah pasukan tersebut.
Jika Rajagobal masih berpegang kepada alasan tersebut,maka
benarlah bahawa beliau sendiri telah mendedahkan secara tak langsung bahawa
beliau telah gagal menilai siapa yang layak mewakili skuad kebangsaan. Lagi
satu agak muak dengan kenyataan media, “saya kenal pemain saya!”, jika anda
kenal pemain anda,mengapa boleh terjadi kesilapan meletakkan pemain di posisi
sepatutnya?
Apa alternatif kepada masalah ini? Kita perlu mengambil
semula jurulatih import! Mengapa? Sebagai bukti,lihat sahajalah Thailand, 2
tahun yang lalu, mereka itu bukanlah seperti sekarang. Bayangkan dalam masa 2
tahun, gaya permainan Thailand telah berubah selepas mengambil jurulatih import
yang baharu. ‘Gameplay’ seperti pasukan luar Negara,kawalan bola penuh kualiti
dan juga hantarannya.
Secara peribadi, penulis merasakan pemain skuad Malaysia
ketika ini masih terbaik, Cuma cara Rajagobal memantapkan mutu dan kualiti yang
ada pada mereka sudah tidak relevan, mungkin kita perlu tukar jurulatih
baru,umpama satu murid kelas yang cemerlang tetapi gagal di peperiksaan, bukan
murid yang perlu ditukar,namun seorang guru yang perlu berubah, tak gitu?
Cukuplah sekadar disini sahaja,banyak lagi yang mahu
ditulis,namun masa membataskan penulis kali ini, dan seandainya FAM masih ingin
mengekalkan Dato K Rajagobal, individu ini perlu segera mengubah sikap
keegoannya. Tak salah bertemu jurulatih dalam Liga M bagi bertukar pendapat.
Marijo Tot, Bojan Hodak, Dato M Karathu antara jurulatih yang mempunyai
taktikal yang hebat, pergilah berjumpa mereka untuk memantapkan skuad Negara,
tak salah bukan?
Sekian, harap maaf kepada semua yang tak puas hati dan terasa
hati, penulis juga insan biasa, jika tidak sehaluan pendapat, maka lawanlah
hujah anda,tapi jaga bahasa,kita rakyat Malaysia,ada budi bahasa. J
Penulis:Pecinta Bola