Pages

Friday 30 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan K.Lumpur


Pengurus : Rusli Baba
Jurulatih : Razip Ismail

Senarai pemain :
1. Zahid Ahmad
2. Amirul Abu Seman
3. Rozaimie Rohim
4. Ahmad Jihad Ismail
5. Hazwan Rahman
6. Hishamudin Othman
7. Aslam Najumudeen
8. Arman Fareez Mohd Ali
9. Azrul Azmi
10. Raimi Ayo Hassan
11. Aiman Syazwan Abdullah
12. Ahmad Dashila Tajudin
13. Shafiq Johari
14. Khairul Anuar Shafie
15. Zameer Zainun
16. Pritam Singh
17. Dzurrun Salam Ismail
18. Nur Hakim Adzhar
19. Saddam Hussein A.Rahman
20. Khairul Anuar Jamil
21. Badrul Hisyam Azmi
22. Afiq Azmi
23. Stanley Bernard Samuel
24. Fazuan Abdullah
25. S.Sivaraj

Rating : 5.5
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super

Masalah kewangan yang kritikal dialami pengurusan KLFA, seakan menguburkan harapan penyokong skuad warga kota untuk menyaksikan skuad ini mencapai sesuatu dalam saingan Liga Super musim ini. Razip Ismail telah berjaya membentuk sebuah skuad yang berpotensi, tetapi sayangnya masalah dalaman KLFA memaksa beberapa tonggak utama K.Lumpur terpaksa "mengangkat kaki" demi menyelamatkan karier masing-masing.

Antara tonggak K.Lumpur yang berhijrah ke pasukan lain, Norazlan Razali (Selangor), Remezey Che Ros (Pkns), Shahrom Kalam (Perak), Nazrin Nawi (N.Sembilan), Norismaidham Ismail (N.Sembilan), Fahrul Razi Kamarudin (Perak), Azwan Malek (Pkns), Ahmad Azlan Zainal (Pkns), Yong Kuong Yong (Felda United), See Kok Luen (Kedah), Dzaiddin Zainuddin (T-Team) serta pemain yang dipinjamkan kepada skuad Harimau Muda, Ahmad Hazwan Bakri.

Razip Ismail mempunyai tugas berat bagi membina semula skuad K.Lumpur. Di posisi penjaga gol skuad K.Lumpur telah kehilangan  dua orang penjaga gol yang berbakat besar, dan untuk saingan musim 2012 nanti, Razip dijangka akan meletakkan Zahid Ahmad sebagai penjaga gol utama serta Amirul Abu Seman sebagai penjaga gol kedua. Zahid telah bermain untuk K.Lumpur semenjak tahun 2009, namun beliau jarang diberikan peluang beraksi kerana pada ketika itu skuad ini mempunyai Norazlan serta Remezey.

Di posisi pertahanan, Ahmad Dashila Tajuddin serta Aslam Nujumudeen dilihat antara pemain paling berpengalaman dalam skuad K.Lumpur. Mereka dijangka akan mengisi posisi pertahanan tengah. Sambil itu Hazwan Rahman dan Azrul Azmi juga akan bersaing bagi merebut posisi tersebut.

Bagi posisi pertahanan kanan, Ahmad Jihad Ismail akan bersaing bersama Arman Fareez Mohd Ali. Manakala bagi posisi pertahanan kiri, dijangkakan Hisyamudin Othman ataupun Aiman Syazwan akan mengisi posisi tersebut.

Barisan midfield antara pilihan yang dimiliki Razip ialah, Shafiq Johari, Saddam Hussain A.Rahman serta Dzurrun Salam Ismail. Manakala bagi posisi sayap pula ia akan direbut sama ada Zameer Zainun, Khairul Anuar Shafie serta Pritam Singh. Shafiq Johari dijangka akan memainkan peranan penting menjana barisan midfield K.Lumpur memandangkan ini adalah musim keempatnya bersama K.Lumpur dan beliau tentunya sudah masak dengan strategi yang diterapkan oleh Razip Ismail.

Seterusnya bagi posisi serangan, Razip dijangka akan menyandarkan harapan merobek kubu lawan kepada Badrul Hisyam Azmi. Badrul di lihat sebagai penyerang terbaik yang dimiliki K.Lumpur ketika ini. Baliau mungkin akan digandingkan sama ada dengan Stanley Bernd Samuel, Khairul Anuar Jamil, Afiq Azmi, Fazuan Abdullah atupun S.Sivaraj.

K.Lumpur diramalkan akan bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super pada musim akan datang. Apatah lagi dengan format terbaru Liga Super musim hadapan yang akan menyebabkan sekurang-kurangnya  3 pasukan dari Liga Super 2012 diturunkan bermain dalam saingan Liga Premier 2013. Cabaran musim 2012 dilihat sebagai tahun paling mencabar buat skuad ibu kota ini.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan