Pages

Sunday 25 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan N.Sembilan


Pengurus : Abdul Latif Abdul Halim
Jurulatih : Azraai Khor Abdullah

Senarai pemain :
1. Kaharuddin Abdul Rahman
2. Fiqri Azwan Ghazali
3. Tengku Qayyum Ubaidillah
4. Mohd Firdaus Azizul
5. Norhafiz Zamani Misbah
6. Mohd Zulfaizam Kamis
7. S. Kunanlan
8. Norismaidham Ismail
9. Shahurain Abu Samah
10. Jean-Emmanuel Effa Owana (Cameroon)
11. Khairul Ridzwan Othman
12. Mohd Shukor Adan
13. Marquem Nuguen Gonçalves Ferreira (Brazil)
14. G. Mahathevan
15. Rashid Mamud
16. Qhairul Anwar Roslani
17. Abdul Halim Zainal
18. Muszaki Abu Bakar
19. V. Paramasivam
20. Idris Abdul Karim
21. Ahmad Shakir Mohd Ali
22. Badrulzaman Abdul Halim
23. Mohd Nazrin Mohd Nawi
24. Mohd Alif Shamsudin
25. Mohd Farizal Marlias
26. Mohd Norhairy Abdul Rahman

Rating : 8.0/10
Ramalan : 5 pasukan teratas liga.

Azraai Khor mempunyai tugas berat bagi memastikan skuad N.Sembilan mampu memberikan cabaran untuk merebut kejuaraan Liga Super. Kehilangan beberapa pemain tonggak musim lepas seperti Aidil, Zaquan, Irwan, Hairudin serta Farizal Harun pastinya akan memberikan kesan terhadap cabaran Juara Piala Malaysia 2011 ini.

Jika diimbas cabaran skuad rusa pada musim 2011, Azraai memerlukan dalam 10 perlawanan sebelum menemui kombinasi terbaiknya. Ramalan penulis pada peringkat awal Liga Super 2012 nanti, Azraai juga akan mengalami situasi sama. Beliau perlukan beberapa perlawanan sebelum menemui barisan terbaiknya. Situasi ini boleh menjejaskan cabaran skuad N.Sembilan andainya tercicir banyak mata dalam perlawanan awal liga.

Posisi paling terjejas teruk adalah dibarisan pertahanan. Dengan pemergian Aidil serta Irwan, Norhafiz berkemungkinan akan bergandingan bersama Zulfaizham ataupun Mahathevan diposisi pertahanan tengah. Marquen Goncalves pemain import yang diharapkan mampu mengisi posisi tersebut, gagal memenuhi syarat pemain import untuk beraksi dalam Liga Malaysia. Sehingga bulan April, Azraai terpaksa mengharapkan pemain yang ada sebelum boleh mendapatkan pemain lain terutamanya pemain import. Tidak mustahil juga Azraai bakal meletakkan semula kapten pasukan, Shukor Adan sebagai pertahanan tengah seandainya tiada calon yang berwibawa mengisi posisi tersebut. Bagi posisi pertahanan kiri juga terdapat sedikit masalah kerana hanya Tengku Qayyum sudah terbukti beraksi baik diposisi tersebut, alternatif lain dengan meletakkan Kunanlan sebagai pertahanan kiri, akan melemahkan kekuatan serangan. Dipertahanan kanan, Qairul serta Aliff mampu diharapkan untuk beraksi diposisi tersebut.

Di posisi penjaga gol, Faizal Marlias hampir pasti dipilih sebagai penjaga gol utama, sambil Badrulzaman sebagai penjaga gol kedua. Pada musim 2011, Farizal Marlias mendapat saingan hebat bagi merebut posisi penjaga gol utama bersama Farizal Harun. Wujud persoalan mampukah Badrulzaman mewujudkan saingan serupa, bagi merebut posisi penjaga gol utama skuad rusa ini. Saingan sihat sebegini penting bagi memastikan pemain sentiasa menampilkan aksi terbaik baik semasa latihan mahupun semasa perlawanan.

Dibarisan midfield serta serangan, skuad N.Sembilan tidak mempunyai banyak masalah. Kunanlan serta Shahruain pastinya akan menjadi duri dalam daging kepada pasukan lawan dibahagian sayap, sambil Idris, Halim, Norismaidham ataupun Shukor akan memainkan peranan dibahagian tengah.

Dibahagian serangan pula, selepas berjaya mengilap bakat Firdaus Azizul sebagai penyerang harapan N.Sembilan, Azraai membawa kembali bekas anak didiknya di Kedah, Shakir Ali bagi membentuk jentera serangan berbisa bersama penyerang import dari Cameroon, Effa Owana ataupun Firdaus Azizul. Dalam perlawanan pramusim, Shakir dilihat sebagai penyerang paling menyinar dalam skuad N.Sembilan. Ia seakan memberi isyarat awal, bahawa pemain ini bakal menggegar dalam Liga Malaysia 2012 nanti. Selain itu Khairul Ridzuan, pemain yang dibawa masuk dari skuad piala presiden juga menjadi sandaran skuad ini bagi memburu jaringan.

Berjaya atau gagalnya pasukan N.Sembilan banyak bergantung kepada pemain baru yang dibawa masuk oleh Azraai. Antaranya Rashid Mamud, Zulfaizham, Shakir,  Norismaidham, Paramasivam, Nazrin serta Badrulzaman. Sekiranya mereka beraksi dengan baik serta mampu mengisi kekosongan pemain yang telah berhijrah, tidak mustahil pasukan ini boleh mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan