Pages

Saturday 24 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Selangor

Pengurus : Datuk Mokhtar Ahmad
Jurulatih : Irfan Bakti

Senarai Pemain :
1. G.Jeevanthan
2. Norazlan Razali
3. Fairul Azwan
4. Asrarudin Putra Omar
5. Razman Roslan
6. Nasriq Baharom
7. P.Gunalan
8. Ramez Dayoub (Lebanon)
9. Hasmarul Fadzir
10. Safiq Rahim
11. Amirul Hadi
12. Bunyamin Omar
13. Azidan Sarudin
14. Fitri Shazwan
15. Solihin Kanasian
16. Khairul Anuar Khalid
17. Fazilidin Khalid
18. Adib Aizudin
19. Amri Yahya
20. R. Surendren
21. Fairul Asyraf Sayuti
22. Wan Hoesne Wan Hussain
23. K. Gurusamy
24.  Lelo Mbele (DR Congo)

Rating : 8.5/10
Ramalan : Antara pencabar kejuaraan

Tahun 2011 dianggap sebagai tahun yang suram bagi pasukan Selangor apabila pasukan ini gagal menjulang sebarang kejuaraan. Persembahan tidak konsisten Selangor memaksa K.Devan meletakkan jawatan semasa kempen Piala Malaysia lepas dan tempatnya digantikan oleh P.Maniam.

Bagi mengharungi kempen 2012, FAS telah berjaya memancing jurulatih terbaik 2011, Irfan Bakti sebagai pengendali baru skuad merah kuning. Beberapa pemain musim lepas telah digugurkan antaranya Iqbal Suhaimi, Saiful Amar Sudar, Hardi Jaafar, Yusri Derma Raju, D.Surendran, Rudie Ramli serta Fadzli Shaari.

Jika pada musim lepas masalah utama Selangor berpunca daripada aksi tidak konsisten penjaga gol mereka. Disebabkan itu pada musim ini pasukan Selangor telah mendapatkan 2 orang penjaga gol baru iaitu G.Jeevanathan dari USM Fc serta Norazlan Razali dari K.Lumpur.

Barisan pertahanan Selangor bagi musim ini juga agak mantap dengan adanya pemain kebangsaan Lubnan, Ramez Dayoub, Nasriq, Razman, Asrarudin serta Gunalan. Jika sebelum ini tempat Gunalan sukar digugat, kini timbul persoalan adakah Irfan akan memberikan peranan pertahanan kiri kepada pemain kebangsaan Asrarudin. Ataupun Irfan akan menggunakan formula sama yang digunakan pembantunya P.Maniam pada musim lepas dengan meletakkan Asrarudin di bahagian pertahanan tengah bergandingan bersama Ramez Dayoub.

Irfan juga pastinya lega kerana barisan midfield Selangor dibarisi pemain yang berkebolehan tinggi. Safiq Rahim hampir pasti diletakkan sebagai pemain tengah menyerang sambil pemain tengah bertahan akan menjadi rebutan Azidan, Gurusamy serta Bunyamin. Dibahagian sayap pula nama Amirulhadi pastinya menjadi pilihan utama sambil pilihan terdiri daripada K.Soley, Fitri Syazwan serta Fazlidin Khalid.

Dibarisan serangan, penyerang import Lelo Mbelo dilaporkan baru pulih dari kecederaan. Terdapat kemungkinan Irfan akan merehatkan atau tidak menggunakan pemain ini dalam 90 minit permainan dalam perlawanan awal liga. Kapten Selangor, Amri Yahyah dijangka akan memainkan peranan sebagai penggempur utama, sambil dibantu R.Surendran serta penyerang muda yang baru berhijrah dari Pahang, Famirul Asraf Sayuti.

Pengalaman Irfan dalam kancah saingan Liga Malaysia akan banyak membantu skuad yang dikenali  sebagai "Reds Giant" ini menghadapi musim yang paling mancabar kali ini. Mampukah Irfan membawa Selangor kemercu kejayaan? Sama-sama kita nantikan.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan