Pages

Monday 20 August 2012

Analisis Pasukan Selangor


Pasukan : Selangor
Pengurus pasukan : Dato Mokhtar Ahmad
Jurulatih : Irfan Bakti
Pemain Pinjaman : Rozaimi Abdul Rahman (SAB), S.Venood (USM),
Ramalan : Dengan skuad yang dimiliki ditambah lagi dengan pemain pinjaman yang berkualiti seperti Rozaimi, Selangor dijangka mampu sekurang-kurangnya layak keperingkat separuh akhir.
Analisis Pasukan :
                Sekiranya pasukan Selangor gagal mendakap kejuaraan Piala Malaysia musim ini, ia adalah tahun kedua berturut-turut pasukan ini menghabiskan satu musim tanpa menjulang sebarang kejuaraan. Situasi ini pastinya sedikit sebanyak akan menimbulkan tekanan buat Irfan bagi mencapai kejayaan bersama pasukan Selangor.
                Dari segi senarai pemain, Selangor dilihat cukup seimbang disetiap posisi. Malah kebanyakkan pemain Selangor berkebolehan bermain dibeberapa posisi dengan baik, dan ia merupakan satu nilai tambah dalam pasukan ini. Jesteru itu, kecederaan pemain seperti Asrarudin serta penggantungan 3 perlawanan terhadap Amri dan Bunyamin dilihat tidak memberikan masalah yang besar buat pasukan Selangor. Razman Roslan, Nasriq Baharom serta Rozaimi Abdul Rahman dijangka mampu mengatasi ketiadaan 3 tonggak tersebut. Malah beban yang dipikul Balaban yang sering bertindak sebagai penyerang tunggal dalam kebanyakkan perlawanan sebelum ini akan berkurangan jika digandingkan dengan penyerang yang bijak dan mempunyai penyudah yang tajam seperti Rozaimi.
                Bagi posisi penjaga gol Irfan mempunyai dua pilihan yang agak setara kemampuannya. Norazlan Razali serta G.Jeevanathan bakal bersaing sengit untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Walaubagaimanapun kadang kala kedua penjaga gol ini melakukan kesilapan mudah sepertimana yang berlaku didalam saingan Liga Super serta Piala FA
                Jentera tengah Selangor dilihat cukup “solid” dengan adanya pemain seperti Safiq Rahim, Gurusamy serta Azidan. Selain itu ia turut disokong oleh pemain sayap yang diterajui Amirul Hadi, Solehin Kanasian, Fitri Syazwan serta pemain pinjaman dari USM, S.Venood.
                Ketajaman Balaban dibarisan serangan akan disokong oleh penyerang muda yang sedang meningkat naik, Rozaimi Abdul Rahman. Gandingan ini dijangkakan bakal menggegar dalam saingan Piala Malaysia kelak. Misi 33 bukanlah misi mustahil jika melihat kepada kualiti yang dimiliki oleh pasukan Selangor pada ketika ini.

Penulis : Arieost Azzurie