Pages

Monday 13 August 2012

Analisis Pasukan Kelantan


Pasukan : Kelantan
Pengurus pasukan : Azman Ibrahim
Jurulatih : Bojan Hodak
Pemain Pinjaman : Aslam Nujmudeen(KL), Afiq Azmi (KL), Mafri Balang (SAB)
Ramalan : Diletakkan didalam “kumpulan maut” peluang Kelantan dilihat agak beranjau diperingkat kumpulan. Namun sekiranya pasukan ini berjaya melepasi peringkat kumpulan, laluan pasukan Kelantan dilihat agak cerah untuk mara kefinal dan seterusnya menjulang kejuaraan.

Analisis Pasukan :
                Selepas Peter Butler meletakkan jawatan, Bojan Hodak hadir dengan seribu satu pengharapan oleh para penyokong pasukan Kelantan agar beliau mampu meneruskan momentum yang telah dicipta oleh pengendali sebelumnya. Ternyata kelibat Hodak tidak menghampakan para penyokong pasukan Kelantan apabila beliau berjaya membawa pasukan tersebut muncul Juara Piala FA, Juara Liga Super serta mara keperingkat suku akhir Piala AFC.
                Dengan mengekalkan pemain terbaik mereka, dan ditambah dengan beberapa muka baru keseimbangan disetiap posisi dapat dikekalkan malah persefahaman antara pemain juga semakin jitu kerana telah bersama semenjak 3 hingga 4 tahun lepas. Daripada posisi penjaga gol hinggalah ke barisan serangan, keupayaan pasukan ini cukup mengkagumkan. Statistik Liga Super boleh menceritakannya apabila pasukan Kelantan muncul sebagai pasukan yang paling sedikit dibolosi serta pasukan yang paling banyak menjaringkan gol.
                Diposisi penjaga gol, Khairul Fahmi sememangnya diakui sebagai penjaga gawang terbaik negara ketika ini. Dengan dibantu oleh pertahanan yang berkaliber seperti Nwaneri, Subramaniam, Rizal Fahmi serta Daudsu ia menjadikan kubu pasukan Kelantan agak sukar dibolosi oleh pasukan lawan. Kecederaan Farisham serta Aziz ismail pantas diisi oleh pemain pinjaman dari K.Lumpur, Aslam Nujumudeen serta pertahanan Sabah, Mafry Balang. Satu langkah yang dianggap bijak bagi memastikan kekuatan pasukan tidak terjejas. Sementara itu dibarisan midfield Shakir, Baddri, Indra, Norfarhan, Nurul Azwan Roya cukup berkesan mengawal jentera tengah selain banyak mambantu ketika bertahan mahupun ketika menyerang. Gandingan penggempur skuad kijang yang diterajui Norshahrul serta Ghaddar juga cukup berbisa merobek gawang lawan. Sedikit kelemahan pada Ghaddar apabila beliau seringkali kelihatan agak “tamak” walaupun peluang rakan lain untuk menjaringkan gol lebih terbuka.
                Secara keseluruhannya pasukan Kelantan mempunyai pakej yang lengkap untuk menjuarai edisi Piala Malaysia musim ini. Namun harus diingat, dalam saingan kalah mati seperti Piala Malaysia ini, sedikit kesilapan boleh membawa padah. Lawan pastinya memasang impian untuk menewaskan pasukan pilihan seperti Kelantan. Ini ditambah lagi dengan faktor jurulatih pasukan Terengganu serta ATM merupakan bekas jurulatih pasukan Kelantan, dan kedua jurulatih ini pastinya sudah sedia maklum akan kekuatan serta kelemahan pasukan Kelantan.

Penulis : Arieost Azzurie