Pages

Tuesday 14 August 2012

Analisis Pasukan Perak


Pasukan : Perak
Pengurus pasukan : Khairul Azwan Harun
Jurulatih : Jang Jung
Pemain Pinjaman : Reithaudin Emran (SAB), Fariss Azlan Mohd Isa (SAB),  Zuraindey Jumai (SAB)
Ramalan : Perak dijangka bakal mengisi satu slot dari kumpulan C namun cabaran yang getir sudah pasti menunggu pada peringkat suku akhir dimana akan menentang pasukan dari kumpulan maut iaitu kumpulan B.
Analisis Pasukan :
                Walaupun pasukan Perak mampamerkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan musim lepas didalam Liga Super, kekalahan memalukan Perak 0-6 kepada Kelantan telah memaksa bekas pengendali pasukan kebangsaan, Norizan Bakar mengundur diri dan tempatnya digantikan oleh bekas pemain import Perak pada awal 90an, Jang Jung.
                Keupayaan Jang Jung mengemudi pasukan Perak hanya akan teruji apabila persaingan Piala Malaysia bermula nanti. Namun dari segi pengalaman sebagai jurulatih, Jang Jung wajar dihormati. Beliau pernah menjadi jurulatih untuk beberapa pasukan di Liga Singapura selain pernah menjadi jurulatih skuad bawah 23 serta skuad senior Sri Lanka.
                Untuk menghadapi saingan Piala Malaysia nanti, Jang Jung dijangka akan mempertaruhkan tonggak yang hampir sama seperti mana yang telah digunakan oleh Norizan. Nama-nama seperti Nasril Nourdin, Hisyamudin Shaari, Shahrom Kalam, Shahrulnizam, Kubala, Bodjonko serta Akhmal hampir pasti akan dipertanggungjawabkan untuk membarisi kesebelasan utama.
                Kekuatan utama pasukan ini ialah dibahagian midfield dengan gandingan Shahrulnizam serta Kubala banyak mencorakkan gaya permainan pasukan Perak. Kubala juga mempunyai keupayaan melakukan tendangan dari jarak jauh untuk terus menerjah jaring lawan sepertimana yang telah dibuktikannya dalam saingan Liga Super serta Piala FA. Selain itu penyerang import yang menggantikan tempat Lazar Popovic , Bodjongo juga dilihat bakal menjadi sandaran utama skuad seladang bagi memburu gol. Penyerang bertubuh sasa ini, dilihat agak pantas merobek kubu lawan selain mempunyai tendangan yang cukup padu. Cuma ketepatan penyudahan sahaja dilihat antara kelemahan penyerang harapan Perak ini. Selain Bodjongo, Akmal juga merupakan senjata berbahaya Perak dibahagian serangan yang perlu diberikan perhatian oleh pertahanan pasukan lawan.
                Kelemahan ketara pasukan Perak musim ini ialah dibahagian pertahanan. Komunikasi antara pemain dibahagian pertahanan dilihat agak kurang. Sajauh mana pemain pinjaman dari Sabah Reithaudin Emran serta Fariss Azlan Mohd Isa dapat membantu  pasukan seladang dibahagian ini hanya akan terjawab sebaik sahaja kempen bermula nanti. Selain itu aksi penjaga gol utama skuad seladang, Nasril diposisi penjaga gol juga kadangkala dilihat tidak konsisten. Sekiranya pasukan Perak ingin pergi lebih jauh dalam saingan paling berprestij ini, kelemahan ini wajar diperbaiki segera.
               
Penulis : Arieost Azzurie