Pages

Monday 20 August 2012

Analisis Pasukan Lions Xii




                
Pasukan : Lions Xii
Pengurus pasukan : Eugene Loo Kai York
Jurulatih : V.Sundram Moorthy
Pemain Pinjaman : Tiada
Ramalan : Lions Xii dijangka tidak mempunyai masalah untuk melayakkan diri keperingkat suku akhir dan pasukan ini turut dijangka akan menjuarai kumpulan A. Jika persembahan cemerlang seperti aksi di Liga Super dapat dikekalkan, mereka dilihat mempunyai prospek yang cerah untuk mara hingga ke final.
Analisis Pasukan :
                Penyertaan semula Lions Xii didalam Liga Malaysia selepas 17 tahun “merajuk” dilihat agak memberikan impak dengan muncul sebagai naib juara dalam saingan Liga Super musim ini. Dengan rata-rata pemain yang mewakili Lions Xii adalah pemain kebangsaan Singapura, keupayaan pasukan ini untuk menyerlah dalam saingan Piala Malaysia wajar diberikan perhatian.
                Diposisi penjaga gol, sama ada Izwan Mahbud ataupun Hyrulnizam Jumaat, kedua-duanya mempamerkan aksi yang cemerlang apabila diturunkan dalam kesebelasan utama. Malah V.Sundram Moorthy pastinya berdepan kesukaran untuk memilih yang terbaik diantara dua penjaga gol ini.
                Jika dilihat akan senarai pemain pertahanan Lions Xii, hampir kesemuanya mempunyai caps bersama pasukan Singapura. Madhu Mohana, Shaiful Esah, Baihakki Khaizan, Irwan Shah, Safuwan Baharudin, Sevki Shaaban serta Jumaat Jantan adalah pemain regular dalam skuad kebangsaan Singapura. Dengan pertahanan yang mantap, menyaksikan mereka hanya dibolosi dengan 23 gol sepanjang 26 perlawanan Liga Super.
                Kapten Lions Xii, Shahril Ishak jika sempat cergas menjelang saingan Piala Malaysia ia bakal memberikan kekuatan tambahan buat pasukan ini. Shahril merupakan penjaring terbanyak Lions Xii semasa saingan Liga Super, dan kelibat pemain ini pastinya ditagih oleh V.Sundram Moorthy untuk menghidupkan jentera tangah Lions Xii dan seterusnya melancarkan serangan ke kubu lawan. Pemain lain dibahagian midfield seperti Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Yasir Hanapi serta Safirul Sulaiman juga merupakan pemain yang boleh diharapkan untuk mengawal jentera tangah Lions Xii.
                Dibarisan serangan, Sundram Moorthy dilihat agak cenderung menggunakan seorang penyerang sahaja dalam kebanyakkan perlawanan yang telah dilalui oleh pasukan Lions Xii. Sepanjang saingan Liga Super lepas, Khairul Amri dilihat sebagai pilihan utama sambil Agu Casmir serta Sufian Anuar sebagai pilihan seterusnya.
                Walaupun Lions Xii diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam kumpulan A, pasukan seperti PKNS, Johor Fc serta Johor dijangka bakal memberikan saingan sengit buat pasukan dari seberang tambak ini. PKNS serta Johor Fc pernah menewaskan Lions Xii semasa saingan Liga Super. Manakala Johor juga pernah menewaskan Lions Xii semasa aksi pra musim lepas. Tiga pasukan lain didalam kumpulan A mempunyai kemampuan untuk menewaskan Lions Xii, hanya aksi terbaik mampu memastikan skuad ini mara kepusingan seterusnya.

Penulis : Arieost Azzurie