Pages

Monday 20 August 2012

Analisis Pasukan Felda United



Pasukan : Felda United
Pengurus pasukan : Faisal Zakariah
Jurulatih : E.Evalarasan
Pemain Pinjaman : Azrul Azmi (KL), Pritam Singh (KL), G.Puaneswaran (POS)
Ramalan : Walaupun pasukan ini bercita-cita tinggi untuk sekurang-kurangnya mara keperingkat separuh akhir, namun ujian diperingkat kumpulan dilihat cukup berliku.N.Sembilan serta Perak dianggap sebagai ancaman terbesar untuk memadamkan impian Felda United keperingkat seterusnya.
Analisis Pasukan :
                Evalarasan sekali lagi telah membuktikan kewibawaannya sebagai jurulatih yang berkarisma. Beliau berjaya membantu pasukan Felda United untuk terus beraksi dalam saingan Liga Super musim hadapan serta melayakkan diri untuk bertanding dalam kejohanan paling berprestij tanahair, Piala Malaysia.
                Jika musim lepas cabaran pasukan Felda United hingga setakat peringkat suku akhir, bagi kempen musim ini mereka memasang impian untuk sekurang-kurangnya beraksi diperingkat separuh akhir. Untuk mengukuhkan cabaran Felda United, Evalarasan telah meminjam dua orang pemain dari Kuala Lumpur iaitu Azrul Azmi yang bermain dibahagian pertahanan serta Pritam Singh yang cukup lincah bermain dibahagian sayap selain mendapatkan penyerang Pos Malaysia, G.Puaneswaran.
                Kekuatan Felda United banyak dibantu oleh peranan ketua pasukan, Hamsani Ahmad yang beraksi agak konsisten musim ini. Beliau bijak memberikan arahan dari bawah untuk membentuk pertahanan yang mantap. Pertahanan Felda United yang diterajui oleh A.Ghani A.Rahman, Farid Ramli, Irfan A.Ghani, Nazri Ahmad, Juzaili Sameon, Hafiszuan Sallehuddin, M.Sivakumar serta pemain import Eddy Viator adalah pemain yang berpengalaman dan mereka dilihat mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain sepanjang kempen Liga Super yang lepas. Jika interaksi antara mereka mampu dikekalkan dan ditambah lagi dengan kehadiran Azrul Azmi dari pasukan K.Lumpur, pertahanan Felda United dijangka agak sukar untuk dibolosi sepanjang pertandingan Piala Malaysia nanti.
                Dibahagian midfield,sepanjang saingan Liga Super Evalarasan cenderung menggunakan pemain seperti S.Sivanesan, Raimi Mohd Noor serta Khairan Ezuan Razali manakala Hardy Jaafar seringkali dilihat dimasukkan pada separuh masa kedua. Dengan kehadiran Pritam Singh mungkin akan memaksa Yong Kuong Yong bertindak dibahagian sayap kiri ataupun sebagai attacking midfielder. Selain Yong, Fakri Saarani serta Ahmad Aminuddin turut menjadi sandaran Evalarasan beraksi dibahagian sayap.
                Tugas merobek gawang lawan dijangka akan diterajui penjaring terbanyak mereka musim ini iaitu Michael Antoine Curier dengan berpasangan dengan Farderin Kadir. Pilihan lain Evalarasan dibahagian serangan ialah Firdaus Faudzi serta G.Puaneswaran.
                Sasaran untuk mara keperingkat separuh akhir dilihat terlalu tinggi buat pasukan Felda United, namun dalam bolasepak tiada apa yang mustahil. Cuma jika pasukan Felda United bercita-cita untuk mara keperingkat lebih jauh, provokasi mereka didalam permainan hendaklah dihentikan. Kadang-kala provokasi yang dilakukan turut menjejaskan rentak pasukan mereka sendiri kerana lawan mereka tentunya sudah masak dengan perkara sedemikian.  

Penulis : Arieost Azzurie