Pages

Wednesday 15 August 2012

Analisis Pasukan ATM


Pasukan : ATM
Pengurus pasukan : B.Sathiantan
Jurulatih : B.Sathianathan
Pemain Pinjaman : Tiada
Ramalan : Berada dalam satu kumpulan dengan pasukan Kelantan, Terengganu dan Kedah dilihat cukup memeritkan bagi ATM untuk melepasi sasaran mara ke suku akhir dalam kempen Piala Malaysia musim ini. Namun faktor pengalaman kebanyakkan pemain ATM bakal membantu skuad ini untuk mencapai sasaran tersebut.
Analisis Pasukan :
                Keputusan selain daripada kejuaraan Liga Premier dianggap sebagai kegagalan pasukan berstatus bintang ini. Mujur Sathianathan serta anak-anak buahnya berjaya menyerap tekanan tersebut dan seterusnya muncul sebagai juara Liga Premier 2012. Sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia dan layak kesuku akhir dianggap sebagi satu sasaran yang penuh berliku lantaran diundi dadalam “kumpulan maut”.
                Sedikit kelebihan buat ATM kerana Sathianathan tentunya mengetahui serba-sedikit akan kekuatan serta kemampuan pemain pasukan Kelantan memandangkan beliau merupakan bekas jurulatih pasukan Kelantan yang pernah membawa pasukan tersebut ke final Piala Malaysia pada tahun 2010 dan 2011. Dua lagi pasukan dari Kumpulan B, Terengganu dan Kedah bakal memberikan cabaran getir buat pasukan ATM dalam usaha untuk mara kepusingan seterusnya.
                Sesuatu yang menarik mengenai pasukan ATM, kebanyakkan daripada mereka pernah mengecapi nikmat bergelar juara Piala Malaysia bersama pasukan masing-masing sebelum ini. Majoriti mereka adalah dari pasukan N.Sembilan yang pernah mengecapi nikmat kejuaraan Piala Malaysia pada tahun 2009 dan 2011 seperti Farizal Harun, Aidil Zafuan, Irwan Fadzli Idrus, Rezal Zambery, Zaquan Adha serta Hairudin Omar. Selain tu, Azmi Muslim serta Marlon Alex James juga sebahagian dari pemain ATM yang pernah mencipta treble bersama pasukan Kedah pada musim 2007 dan 2008. Tidak ketinggalan, seorang lagi pemain import ATM, Bruno Martelotto merupakan bekas pemain MPPJ yang pernah mencipta sejarah sebagai kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pada tahun 2003. Pengalaman pemain-pemain ATM ini merupakan satu aset yang akan membantu pasukan ini mencipta sesuatu dalam saingan Piala Malaysia nanti.
                Diposisi penjaga gol, Farizal Harun dijangka akan terus diberikan kepercayaan oleh Sathianathan untuk membarisi kesebelasan utama. Aksi Farizal sepanjang saingan Liga Premier cukup menyakinkan, dengan beliau banyak menyelamatkan gawang ATM daripada dibolosi pihak lawan.
                Bahagian pertahanan, skuad ini dibarisi oleh tiga tonggak kebangsaan. Aidil, Amiridzuan, Azmi Muslim serta bekas pemain kebangsaan, Irwan Fadzli Idrus dilihat cukup ampuh menerima asakan pihak lawan. Jika keadaan memerlukan, Azmi serta Irwan turut boleh bertindak sebagai “flanker” dan ia merupakan satu kelebihan buat pasukan ini. Manakala bagi Aidil pula selain bijak membaca gerakan lawan, beliau juga mempunyai kelebihan dalam mengambil sepakan percuma.
                Bruno Martelotto sudah semestinya akan mengetuai bahagian midfield, sambil Rezal Zambery, A.Varathan serta Reuben boleh menjadi alternatif sekiranya Martelotto gagal berfungsi dengan baik ataupun tidak dapat bermain. Dibahagian sayap, terdapat beberapa pemain yang boleh bertindak sebagai pemain sayap ataupun penyerang seperti Zaquan dan penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu, Fitri Omar.
                Apa yang pasti jentera penggempur ATM sememangnya cukup digeruni oleh pertahanan lawan. Gandingan pemain veteran, Hairudin dan Marlon cukup berkesan biarpun sudah dimamah usia. Christie Jayaseelan serta Venice Elphi merupakan senjata tambahan dan kelibat mereka seringkali tidak menghampakan andainya diberikan peluang beraksi.

Penulis : Arieost Azzurie