Pages

Thursday 26 January 2012

Selangor buru Zlatan Muslimovic


Selepas pemain import Selangor, Lelo Mbele disingkirkan akibat masalah kecergasan kerana masih didalam proses untuk pemulihan daripada kecederaan, kini Selangor cuba memburu beberapa pemain import yang mempunyai nama besar dalam bolasepak antarabangsa. Salah seorang pemain yang diidamkan Selangor ialah pemain kebangsaan Bosnia iaitu Zlatan Muslimovic.

Muslimovic memulakan karier bolasepak profesionalnya bersama kelab Sweden, Habo If dan Husqvarna FF sebelum menimba pengalaman dalam Serie A bersama kelab Udinese pada tahun 2000. Agak malang beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama bersama kelab tersebut dan saban tahun sering dipinjamkan kepada kelab lain seperti Perugia (2001), Pistoiese (2002-2003), Padova (2003-2004), Rimini (2004-2005), Messina (2005-2006), Parma (2006-2007) serta Atalanta (2007-2008). Selepas beberapa tahun begelumang dalam cabaran bolasepak di Itali, beliau berhijrah ke liga Greece bersama kelab PAOK pada tahun 2008 hingga kini.

Pemain kebangsaan Bosnia ini juga telah meledakkan 11 gol antarabangsa bersama skuad senior dengan membuat penampilan pertama ketika menentang Perancis tujuh tahun lalu. Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan Muslimovic antara pemain yang menjadi sasaran skuad Selangor. Bagaimanapun keputusan muktamad hanya akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Penulis : Arieost Azzurie
Foto : Goal.Com
Sumber : Wikipedia serta Kosmo