Pages

Tuesday 10 January 2012

Kenali Mereka:Newton Ben Katanha (Pemain Import Yang Berbakat Tetapi Kurang Dikenali) Bahagian 1

Newton Ben Katanha,sekarang berusia 28 tahun ialah seorang  pemain kelahiran Zimbabwe yang pernah beraksi bersama pasukan MPPJ Selangor-Majlis Perbandaran Petaling Jaya pada tahun 2005-2006 dibawah kendalian Michael Feichtenbeiner yang mengambil tugas dari Dollah Salleh yang berhijrah ke Selangor sebagai ketua jurulatih.Pemain ini mempunyai bentuk fizikal yang baik sebagai seorang penyerang utama.Ben Katanha juga boleh bermain di posisi tengah,beliau sangat bijak membuka peluang kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol.
Jikalau anda masih ingat? antara kenangan yang masih tidak dapat dilupakan ialah Ben Katanha adalah penjaring gol terpantas di dalam Liga Malaysia.Ben Katanha hanya mengambil masa 16 saat sahaja untuk menjaringkan gol ketika bertemuan MPPJ menentang Perak pada tahun 2006 ketika itu sedang lintas langsung di TV1.Perlawanan Liga Super tersebut memihak kepada MPPJ yang berjaya menumpaskan Perak digelanggang lawan dengan 2-1.MPPJ membuka jaringan ketika aksi baru berusia 16 saat menerusi Ben Katanha yang menanduk masuk hantaran lintang Kit Kong.Begitupun, Perak yang menerima sokongan padu 25,000 penyokong sendiri, menyamakan kedudukan setengah jam kemudian juga menerusi tandukan hasil hantaran lintang Wiratnam.Namun Liew Kit Kong menggembirakan kem skuad `Chelsea Malaysia' itu dengan tandukan ke gawang minit ke-57 hasil tendangan bebas Rachid Zmama.


Ben Katanha berjaya menghasilkan 11 gol bersama MPPJ ketika saingan Liga Super 2005.Ben Katanha juga pernah mewakili negaranya iaitu Zimbabwe pada tahun 2001-2005.Selepas 2 tahun beraksi di Liga Malaysia  Ben Katanha berubah angin ke Liga Rusia dengan mewakili pasukan PFC Spartak Nalchik.Ben Katanha
hanya beraksi semusim sahaja bersama kelab di Rusia itu.Tahun 2007 Ben Katanha beraksi pula di negara Switzerland,iaitu pasukan FC Schaffhausen beliau beraksi bersama pasukan tersebut selama 3 tahun dan beliau berjaya menjaringkan 29 gol dalam 72 penampilan bersama kelab tersebut.Tahun 2010 Ben Katanha berhijrah ke kelab lain FC Winterthur,juga kelab di Switzerland.Ketika bersama kelab FC Winterthur dengan 32 penambilan beliau berjaya menjaringkan 12 gol.Sekarang Ben Katanha masih beraksi bersama kelab tersebut,beliau sekarang dianggap permata berharga untuk kelab yang diwakilinya itu..




Penulis:Ley Man
Rujukan:
-Utusan
-http://en.wikipedia.org/
-google image