Pages

Thursday 26 January 2012

Perginya Lagenda Pemain Selangor Razali Alias

Bekas pemain skuad bola sepak Selangor, Mohd. Razali Alias,51,dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.Anak kepada bekas penyerang Selangor itu, Mohd. Raqib, 26, berkata bapanya mula dimasukan ke hospital Selasa lepas, setelah doktor mengesahkan Razali mengalami kerosakan buah pinggang ketika pemeriksaan biasa.Katanya, bapanya menunjukkan tanda positif selepas tidak boleh makan dan minum sejak seminggu lalu."Ayah saya dikesan mengidap hepatitis B sejak 2008. Selepas mendapatkan rawatan, ayah saya kembali sihat namun sejak Oktober lalu ayah mula menunjukkan kembali tanda-tanda penyakit tersebut," Mohd. Raqib memberitahu akibat penyakit tersebut, hati bapanya tidak berfungsi dengan baik, dan merebak ke buah pinggang serta paru-paru.
Sepanjang karier bersama Selangor, Mohd. Razali pernah membantu pasukanya memperoleh kejuaraan Piala Malaysia pada 1982, 1984 dan 1986.Mohd. Razali juga pernah menjadi jurulatih ATM pada 2009 serta pengurus kelab tersebut sejak 2010.

Pengkebumian Allahyarham Razali Alias akan diadakan pada jam 8 pagi esok di Felda Puncak Alam. Jenazah akan dimandikan di Surau Puncak Alam. Alamat rumah 41, Lorong Lautan Samudra 9/3, Puncak Alam. - info: Datuk Hamidin Mohd Amin

Rujukan;
-Utusan