Pages

Monday 9 January 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan Lion XII


Pengurus : Eugene Loo
Jurulatih : V.Sundram Moorthy

Senarai pemain :
1. Izwan Mahbud
2. Hyrulnizam Jumaat
3. Al Faiz Ishak
4. Safudin Baharudin
5. Jumaat Jantan
6. Shaiful Esah
7. Irwan Shah
8. Shakir Hamzah
9. Sevhi Shaban
10. Shahir Hamzah
11. Madhu Mohana
12. Hariss Harun
13. Safirul Sulaiman
14. Izzdin Shafiq
15. Shahril Ishak
16. Isa Hakim
17. Taufik Rahmat
18. Raihan Rahman
19. Shahdan Sulaiman
20. Yasir Hanapi
21. Firdaus Kasman
22. Dravin Gunasegaran
23. Khairul Amri
24. Gabriel Quak
25. Fazli Ayob
26. Khairul Nizam
27. Agu Casmir
28. Suffian Anuar
29. Baihakki Khaizan

Rating : 8.0/10
Ramalan : 5 pasukan teratas liga.

Setelah 16 tahun menyepi daripada kancah pertandingan bolasepak Malaysia, kini Singapura kembali lagi untuk memeriahkan lagi pertandingan bolasepak dinegara ini. Tetapi kali ini mereka tampil dengan wajah baru. Singapura kini menggunakan nama Lions XII. Dengan kelibat beberapa pemain senior yang bergabung dengan skuad B23 Singapura, skuad ini seharusnya wajar diberikan perhatian sebagai pasukan yang mampu mencabar kejuaraan.

Skuad ini mempunyai 2 orang penjaga gol yang agak berpengalaman dipentas antarabangsa iaitu Izwan Mahbub serta Hyrulnizam Jumaat. Mereka dijangka akan menjadi penjaga gol utama skuad Lions XII dalam saingan Liga Super kali ini.

Dibarisan pertahanan Jumaat Jantan, Baihakki Khaizan, Shaiful Esah, Sevhi Sha'ban dijangka bakal menjadi sandaran utama skuad ini dibarisan pertahanan. Manakala dibahagian midfield, Shahril Ishak yang juga bertindak sebagai ketua pasukan dijangka bakal mencorakkan serangan pasukan ini bersama Hariss Harun. Kedua pemain ini merupakan tunjang utama pasukan ini dan tanpa kehadiran mereka, skuad Lions XII pastinya akan pincang. Isa Halim pula dijangka akan berperanan sebagai defensif midfielder bagi membantu pertahanan dari bahagian tengah.

Dibahagian serangan bekas pemain Persija Jakarta, Agu Casmir dijangka bakal menjadi sandaran utama skuad ini bagi merobek kubu lawan. Pasangannya berkemungkinan Khairul Amri, Fazli Ayob, Khairul Nizam ataupun Suffian Anuar.

Tanpa kelibat 'tonggak import" seperti Daniel Bennett, Shi Jiayi, Qiu Li, Mustafic Fahrudin serta Aleksandar Duric pasukan ini dilihat agak kurang berbisa tetapi ia masih mampu memberikan ancaman buat pasukan lain didalam Liga Super kali ini.

Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia