Pages

Wednesday 4 January 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan PKNS



Pengurus : Yaacob Jailani
Jurulatih : Abdul Rahman Ibrahim

Senarai Pemain :
1. Mohd Hafidz Romly
2. Mohd Remezey Che Ros
3. Razi Effendi Suhit
4. Helmi Rameli
5. Fahrul Nizwan
6. Fadhil Hashim
7. Muhamad Idris Ahmad
8. Faizal Nasir
9. Zulhariz Mohd Noor
10. Ahmad Shahril Zakaria
11. Ahmad Azlan Zainal
12. Khairul Azrin Khazali
13. P.Rajesh
14. Mohd Fauzan Dzulkifli
15. Farouk Hashim
16. Mohd Norhafizzuan Jailani
17. Azwan Malek
18. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
19. Mohamad Fazli Baharudin
20. Michael Nicoise
21. Rudie Ramli
22. Nazrin Syamsul Bahari
23. Asyidi Dilashar Yusof
24. Khairul Akhyar Husain

Rating : 6.5/10
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saigan Liga Super.

Musim lepas pasukan PKNS hampir mencatatkan sejarah tersendiri dalam kempen Liga Premier sebagai pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 1 musim. Namun impian tersebut berkecai apabila pasukan Sarawak berjaya menewaskan pasukan PKNS di Kuching.

Bagi menghadapi musim 2012, A.Rahman sebagai pengendali PKNS sudah pasti memasang impian untuk mencipta sesuatu bersama pasukan bimbingannya. Beberapa pemain baru telah diambil untuk memperkuatkan pasukan. Antara pemain tersebut ialah, Mohd Hafidz Romli (P.Pinang), Remezey Che Ros (K.Lumpur), Fahrul Nizwan Abdul Nasir (ATM), Fazli Baharudin (Pahang), Farouk Hashim (K.Lumpur), Ahmad Azlan Zainal (K.Lumpur), Azwan Malek (K.Lumpur), Rudie Ramli (Selangor), Helmi Rameli (Terengganu), Muhammad Faizal Nasir (Pos Malaysia) serta pemain import Dawood Nicoise.

A.Rahman ternyata agak berani mengambil risiko untuk mempertaruhkan penjaga gol muda yang agak kurang berpengalaman mengawal gawang skuad PKNS musim ini. Selepas pemergian Badrulzaman, kini dilihat hanya Razi Effendi Suhit yang agak berpengalaman, manakala Remezey serta Hafidz Romli agak kurang pengalaman beraksi pada saingan tertinggi.

Dibarisan pertahanan, kapten pasukan Fadhil Hashim dijangka akan terus diberikan kepercayaan mengemudi pertahanan kiri sambil Helmi Rameli beraksi dipertahanan kanan. Tugas pertahanan tengah pasukan PKNS mungkin akan digalas oleh Ahmad Azlan Zainal, Fahrul Nizwan A.Nasir ataupun Idris Ahmad. Senarai pemain lain dibarisan pertahanan ialah Faizal Nasir, Zulharis Mohd Noor serta Ahmad Shahril Zakaria .

Pasukan PKNS turut kecewa kerana Helmi Loussaief, pemain import yang mereka daftarkan tidak diluluskan untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. A.Rahman tiada pilihan lain sehingga April ini, dan beliau terpaksa mengharapkan tenaga tempatan sepenuhnya diposisi ini. Azwan Malek, Fazli Baharudin, Azrif Nasrulhaq antara pemain yang berbakat dimiliki PKNS dibahagian midfield. Mereka dijangka bakal memainkan peranan utama mengemudi bahagian midfield skuad PKNS dalam saingan Liga Super nanti. Pemain lain diposis ini ialah Mohd Khairun Azrin Khazali, P.Rajesh, Mohd Fauzan Dzulkifli, Farouk Hashim serta Mohd Norhaffizzuan Jailani.

Penggempur utama skuad PKNS musim ini dijangka akan dipikul oleh Michael Nicoise, Rudie Ramli serta Khairul Akhyar. Rudie walaupun sudah agak berusia tetapi pengalaman serta kemahirannya cukup penting bagi membantu skuad PKNS mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan. Selain itu, Nazrin Samsul Bahari serta Asyidi Dilashar Yusof juga merupakan penyerang skuad PKNS musim ini.

Saingan kali ini amat mencabar buat semua pasukan Liga Super. Jurang antara pasukan tidak jauh berbeza, hanya pasukan terbaik mampu kekal dalam saingan ini musim hadapan. Tugas berat menanti A.Rahman berserta anak buahnya didalam saingan kali ini.

Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia