Pages

Tuesday 3 January 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan Sarawak



Pengurus / Jurulatih : Robert Alberts

Senarai pemain :
1. Sani Anuar Kamsani
2. Aidil Mohamad
3. Saiful Amar Sudar
4. Ramesh Lai Ban Huat
5. Mazwandi Zakaria
6. Shahran Abdul Samad
7. Mohd Dzulazlan Ibrahim
8. Yosri Derma Raju
9. Guy Bwele (Cameroon)
10. Shahrol Malek
11. Mohd Fareez Tukijo
12. Zamri Morshidi
13. Mohd Hairol Mokhtar
14. K.Rajan
15. Azizan Saperi
16. Mohd Azizan Baba
17. Mohd Shahrol Saperi
18. Ronald Dennis
19. Benedict Martin
20. Ashri Chuchu
21. Kalle Sone (Cameroon)
22. K.Ravindran
23. Khairul Azahar Eidros
24. Mohd Rasyid Aya

Rating : 7.0
Ramalan : Sepuluh pasukan teratas liga.

Pasukan Sarawak telah membuat persiapan yang agak rapi bagi mengharungi cabaran Liga Super musim 2012 ini. Beberapa pemain baru telah dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi pasukan. Antara pemain tersebut ialah Sani Anuar Kamsani (MP Muar), Ramesh Lai Ban Huat (Felda United), K.Ravindran (Harimau Muda B), K.Rajan (Felda United), Yosri Derma Raju (Selangor), Mohd Rasyid Aya (Johor Fc), Saiful Amar Sudar (Selangor) serta dua pemain import dari Cameroon, Guy Bwele dan Kalle Sone.

Bagi posisi penjaga gol, pasukan Sarawak mempunyai 3 penjaga gol yang boleh diharapkan untuk menjadi penjaga gol utama. Jika Sani Anuar Kamsani dapat kembali dengan prestasi terbaiknya, dia dilihat sebagai calon paling sesuai mengawal kubu terakhir pasukan Sarawak. Selain itu Sani juga mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berbanding Aidil serta Saiful Amar. Namun Aidil juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana telah mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang musim 2011, serta beliau lebih lama berada dalam pasukan Sarawak berbanding 2 lagi pencabarnya. Melihat kepada keadaan ini, Saiful Amar perlu berusaha dengan lebih gigih jika mahu merebut posisi penjaga gol utama pasukan Sarawak.

Robert Alberts menyedari antara kelemahan ketara pasukan Sarawak musim lepas adalah dibahagian pertahanan. Untuk itu pada musim ini beberapa pemain baru telah diambil bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan pasukan Sarawak. Antara pemain tersebut ialah Ramesh Lai Ban Huat, Yosri Derma Raju serta pemain import Guy Bwele. Ketiga pemain ini dijangka akan menjadi tonggak utama pasukan Sarawak dibahagian pertahanan disamping Mazwandi Zakaria. Selain itu Shahrin Abdul Samad serta Mohd Dzulazlan Ibrahim juga berada dalam senarai pemain pertahanan pasukan sarawak musim ini.

Dibahagian midfield kapten pasukan, Zamri Morshidi akan memainkan peranan yang cukup penting bagi mengemudi bahagian tengah pasukan Sarawak. Beliau dijangka akan digandingkan bersama Benedict Martin ataupun Azizan Baba. Sementara dibahagian sayap, K.Rajan serta Ashri Chuchu merupakan pilihan terbaik bagi mengisi posisi tersebut. Senarai pemain lain diposisi midfield ialah Shahrol Malek, Mohd Fareez Tukijo, Mohd Hairol Mokhtar, Azizan Saperi,Shahrul Saperi serta Ronald Dennis.

Bagi tugas penggempur utama, Kalle Sone sudah hampir pasti akan mengisi posisi tersebut. Soalnya siapakah gandingan terbaik beliau dibahagian serangan? Bagi penulis, Rasyid Aya dilihat sebagai penyerang yang berpotensi untuk menggantikan penyerang berbisa Sarawak sebelum ini, Bobby Gonzales yang telah kembali semula kepasukan kelahirannya, Sabah. K.Ravindran juga boleh memikul tanggungjawab tersebut, tetapi beliau agak kurang berpengalaman. Seorang lagi penyerang Sarawak, Khairul Azhar Eidros juga bakal bersaing untuk digandingkan bersama Kalle Sone.

Robert Alberts ternyata telah banyak membawa perubahan positif semenjak beliau membimbing pasukan Sarawak. Jika Alan Vest memerlukan masa 3 tahun untuk membawa kejayaan kepada Sarawak, Robert Alberts juga boleh mengulangi kejayaan tersebut sekiranya beliau diberikan sokongan yang sepenuhnya dari pihak pengurusan serta peminat bolasepak Sarawak.

Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia