Selepas berita mengenai keinginan Ariff, 19, untuk mencuba nasib di luar negara disiarkan Arena Metro baru-baru ini, ia terus mendapat perhatian Mister Potato yang bersedia memberikan sumbangan untuk pemain itu berada di Akademi Ole selama enam minggu.
Pengurus Penajaan dan Aktivasi Mamee Double Decker (M) Bhd. Sharszany Shahry Abu Shahriman, pihaknya bersedia membantu Ariff selepas menilai potensi besar yang dimiliki pemain muda itu.
“Kami akan menghulurkan bantuan RM14,000 untuk kos yang ditanggung Ariff di samping duit poket sebanyak RM1,000.
“Mister Potato bersetuju membantu Ariff kerana kami ingin membuka peluang kepada anak-anak muda berbakat untuk terus berjaya dalam bola sepak.
“Ini sebagai permulaan buat Ariff dan kami berharap dia menggunakan peluang sebaik-baiknya untuk mencapai kejayaan supaya menjadi inspirasi kepada pemain lain,” katanya semalam.
Mister Potato kini cukup sinonim dengan bola sepak kerana menjadi Rakan Global Snek kelab gergasi Inggeris, Manchester United.
Bagaimanapun ada juga pihak yang sangsi dengan keputusan Ariff yang kini menjadi kapten skuad Piala Presiden Selangor itu memandangkan Ole hanya sebuah akademi dan bukannya kelab terkenal.
“Saya memberikan maklumat Ariff kepada Winkel, secara peribadi saya mengenali Winkel ketika kami menjadi jurulatih di akademi di China. “Ariff ke sana atas jemputan Akademi itu yang berminat untuk menilai potensinya dan dia bukan ke sana untuk bermain bersama Akademi itu sebaliknya untuk memikat Winkel. Winkel adalah ejen pemain yang mempunyai hubungan cukup baik dengan kelab di Liga Australia dan Major League Soccer,” katanya.
Sumber: Harian Metro