Pages

Monday, 23 January 2012

INFO MENGENAI ASPEK PENGADILAN DARI BEKAS PENGADIL FIFA KITA..-SUBKHIDDIN MOHD SALLEH-

Info bersama yang disampaikan oleh pengadil FIFA kita,Subkhiddin Mohd Salleh. Diharap info yang diberi serta ilmu yang ref ada dapat dikongsikan bersama semua pihak. Diharap selepas ini diharap pengikut-pengikut page ini tahu mana yang betul dan mana yang salah ketika sesuatu keputusan yang diambil oleh pengadil.
  -- info berguna daripada bekas pengadil FIFA kita---                                                           

*Pengadil adalah mereka yang dididik supaya berkecuali. Sepanjang pengetahuan saya tiada sebarang arahan rasmi atau yang tersembunyi oleh FAM untuk menjayakan agenda mereka.

*Pengadil bertindak secara automatis di mana setiap tindakan yang berlaku adalah secara sepontan berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang diperolehinya sepanjang berkerjaya sebagai pengadil. Ilmu kepengadilan tidak pernah 'putus'. Setiap kali permainan bolasepak dimainkan samada dalam negara atau luar negara pasti ada sesuatu yang baru yang kita perolehi untuk dipelajari.




*Jika kita terniat untuk minum dan makan. Jari jemari kita [tangan] terus membawanya ke arah mulut dan begitulah tindakan Pengadil di dalam Padang Permainan.
                                                                                                                                                       

*Kerjaya sebagai Pengadil hanyalah berdasarkan minat untuk membantu perkembangan bolasepak tanah air.Pengadil mempunyai kerjaya tetap seperti Guru, Pegawai Tadbir dan sebagainya jadi isu rasuah tidak sepatutnya timbul.

*Setiap Pengadil akan datang mengendalikan perlawanan tanpa memikirkan siapakah pemain yang nakal, yang selalu melakukan kesalahan sebelumnya, atau pasukan mana yg sering mendatangkan masalah.

*Pengadil bertugas untnk melancarkan permainan agar dapat dimainkan dengan selamat berpandukan kepada undang-undang permainan terkini. Ada ketikanya Pengadil meneruskan permainan [advantage] ketika seseorang pemain dikasari dan tindakan ini kadangkalanya berlaku terlalu kerap dan menimbulkan kesangsian pihak yang dikasari kenapa pemain yg membuat kesalahan tersebut tidak diambil tindakan dan sebagainya. Daripada sini timbul juga isu Pengadil tersebut berat sebelah.


*Tiada seorang Pengadil pun yang tidak melakukan kesalahan semasa mengendalikan sesuatu perlawanan. Bahkan Pengadil yang kita anggap terbaik juga melakukan kesalahan!!!

*Tetapi perlu diingat bahawa kesalahan tersebut bukanlah bermaksud untuk menjatuhkan sesebuah pasukan dan pemainnya. Kesalahan tersebut disebabkan kedudukan, sudut pandangan, jarak yang tidak membantu untuk Pengadil memberikan keputusan yang TEPAT.

---Jika anda sebagai pengadil, apa tindakan anda untuk situasi seperti gambar di atas?-----

                            
*Adakah disebabkan oleh itu maka ianya dicop sebagai penerima rasuah. Bagaimana pula dengan pemain yang gagal melakukan jaringan sedangkan pintu gol telah bersedia untuk menerima gol? Bagaimana pula dengan penjaga gol yang gagal menangkap kemas percubaan lemah pihak lawan sehingga menyebabkan pintu golnya bolos? Adakah mereka akan dicop sebagai penerima rasuah?

*Bolasepak memerlukan skill yang tinggi dan kita perlu menghargai mereka untuk menggerakkan setiap inci bola di dalam padang permainan memerlukan kemahiran, kekuatan mental, keyakinan dan sedikit TUAH. Apatah lagi untuk memperdayakan beberapa orang pemain lawan sebelum dapat menjaringkan gol. Adakah mereka yang telah berusaha ini tetapi gagal sempurnakannya dianggap menerima rasuah?

----Akmal Rizal pernah gagal menjaringkan gol menerusi sepakan penalti sebanyak 3/tiga kali dalam satu masa. Adakah dia juga boleh dicopkan sebagai menerima rasuah? Rasanya tidak bukan?-----

Nota:Pengadil juga manusia biasa yang melakukan kesilapan, cuma diharapkan mereka dapat mengurang serta meminimakan kesilapan agar mengurangkan rasa tidak puas hati penyokong dan orang lain.

Penulis:Pecinta Bola
Kredit Foto:Kepada pemilik foto asal