Pages

Sunday 1 January 2012

Liga Super 2012 : Review Pasukan T-Team


Pengurus : Razi Mamat
Jurulatih : Yunus Aliff

Senarai pemain :
1. Syamsuri Mustapa
2. Iqbal Suhaimi
3. Suhardy Alby
4. Dzaiddin Zainuddin
5. Shahrul Ezrain Shamsudin
6. Alff Alias
7. Norfazli Alias
8. Shahril Faizal Jamaludin
9. Rosdi Talib
10. Hasbullah Awang
11. Bojan Petric
12. Hassan Basri A.Ridzuan
13. Tengku Hasbullah Raja Hassan
14. Zharif Hasna
15. Wan Khairul Faiz Kamarudin
16. Zairo Anuar Zailani
17. Azrul Hazran Amiludin
18. Faiz Subri
19. Badrul Hisani A.Rahman
20. Mohd Saufi Saadi
21. Fadzli Shaari
22. Wan Mohd Aliff Wan Jasmi
23. Zachariah Simokonda

Rating : 7.0/10
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super

Pencapaian T-Team dalam saingan Liga Super musim 2011 agak memuaskan dengan menduduki tangga ke-9 daripada 14 pasukan yang bertanding. Sudah pasti pengurusan T-Team serta Yunus Aliff mahu memperbaiki pencapaian tersebut dalam saingan Liga Super 2012 nanti.

Antara pemain baru yang menganggotai pasukan musim ini ialah Iqbal Suhaimi (Selangor), Suhardy Alby (Johor Fc), Zharif Hasna (Terengganu), Faiz Subri (Perlis), Wan Khairul Faiz Kamarudin (Perlis), Fadzli Shaari (Selangor), Bojan Petric serta Zachariah Simukonda.

Manakala pemain yang berhijrah, ialah Azizi Mat Rose (Kelantan), Norfarhan Mohamad (Kelantan), Indra Putra Mahyuddin (Kelantan), Haris Safwan (Johor Fc), Rosli Muda (Sime Darby) serta Kamal Rodiarjat Kamal (Pahang).

Yunus Aliff ternyata telah mengambil pengajaran daripada kesilapan musim lalu apabila hanya mempunyai Syamsuri Mustapa sebagai penjaga gol yang berpengalaman serta mempamerkan aksi konsisten apabila diturunkan. Pada musim ini, Yunus telah mendapatkan Iqbal Suhaimi serta Suhardy Alby dengan harapan mampu mengisi tempat Syamsuri seandainya beliau tidak dapat beraksi.

Dibarisan pertahanan, Yunus dijangka bakal mengandingkan pemain import dari Bosnia, Bojan Petric bersama Norfazli Alias diposisi pertahanan tengah. Manakala Rosdi Talib akan terus diberikan kepercayaan mengemudi pertahanan kiri serta Shahril Faizal Jamaludin diposisi pertahanan kanan. Senarai pemain lain dibahagian pertahanan yang bakal diberi peluang untuk beraksi ialah Dzaiddin Zainuddin, Shahrul Ezrain Shamsudin, Aliff Alias, Hasbullah Awang serta Hassan Basri A.Ridzuan.

Kehilangan Norfarhan serta Indra menjejaskan sedikit kekuatan pasukan T-Team dibahagian midfield, Faiz Subri mempunyai tanggungjawab berat bagi mengisi bahagian sayap. Zairo dijangka akan memainkan peranan yang cukup penting sebagai arkitek dibahagian tengah bersama Tengku Hasbullah. pemain lain dalam senarai midfield T-Team musim ini ialah Zharif Hasna, Wan Khairul Faiz Kamarudin serta Azrul Hazran Amiludin.

Bagi tugas untuk menggempur kubu lawan, Yunus diramalkan akan mengandingkan Zacharia Simokonda bersama Fadzli Shaari sebagi pilihan utama. Pilihan lain Yunus dibahagian serangan ialah Badrul Hisani Abd Rahman, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi serta Mohd Saufi Saadi.

Dalam saingan musim lepas, T-Team telah menjadi pasukan "pengacau" buat pasukan yang merebut kejuaraan seperti Kelantan dan Selangor apabila berjaya mencatatkan kemenangan terhadap pasukan tersebut baik digelanggang sendiri mahupun digelanggang lawan. Cabaran getir menanti T-Team bukan sahaja dalam misi untuk meraih kejuaraan malahan dalam misi untuk kekal dalam Liga Super juga cukup sengit kali ini.

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan