Pages

Sunday 10 February 2013

Analisis Pasukan Liga Super 2013 | ATM


ATM

Pengurus : B.Sathianathan
Jurulatih : B.Sathianathan
Pemain Tumpuan : Farizal Harun, K.Reuben, Shukor Adan, Marlon Alex James.
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 9.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. G.Jeevanathan (Gk)
2. K.Reuben
3. Norfazly Alias
4. Suhaimi Ishak
5. A.Varathan
6. Raja Mohd Ridzuwan Effendi
7. Fainizam Nordin
8. Affize Faisal Mamat
9. Marlon Alex James
10. Bruno Mertelotto
11. Yusaini Hafiz Che Saad
12. Shukor Adan
13. Muhammad Aizuddin Ismail
14. R.Surendran
15. S.Thinagaran
16. Syafiq Azri Ahmad Kamal
17. Venice Elphi
18. Fitri Omar
19. Christie Jayaseelan
20. Hairudin Omar
21. Irwan Fadzli Idrus
22. Farizal Harun (Gk)
23. Rezal Zambery Yahya
24. Amiridzwan Taj Tajuddin
25. Mohamad Hafizuddin Azuhar (Gk)

Selepas 5 perlawanan, penulis merasakan pasukan ATM mempunyai ciri-ciri lengkap bagi mengungguli saingan Liga Super musim ini. Pasukan ini mempunyai keserasian yang cukup jitu ditambah lagi dengan barisan pemain yang amat berpengalaman.
Kehilangan Aidil, Zaquan serta Azmi Muslim tidak menjejaskan kualiti pasukan ini kerana pemain yang menggantikan mereka seperti Shukor Adan, Affize Faisal Mamat serta Norfadzly Alias tidak kurang hebatnya.
Satu lagi kekuatan ATM ialah kebolehan pemain mereka beraksi dipelbagai posisi dengan baik dan ini memudahkan Sathianathan mengatur strategi sebelum perlawanan mahupun untuk mengubah strategi semasa perlawanan.
Marlon serta Hairudin adalah pemain terpenting dalam pasukan ini bagi memburu gol. Penulis meramalkan jika mereka berdua beraksi secara kerap musim ini, gandingan ini bakal menyumbangkan 50% daripada jumlah gol yang diperolehi oleh pasukan ATM. Disebalik kekuatan ini, disinilah juga kelemahan pasukan ATM. Sekiranya mereka berdua berdepan masalah kecederaan, ATM bakal menghadapi masalah untuk memburu gol.

Penulis : Arieost Azzurie