Pages

Tuesday 12 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Darul Takzim FC

DARUL TAKZIM FC

Pengurus : Fandi Ahmad
Jurulatih : Fandi Ahmad
Pemain Tumpuan : Zamer Selamat, Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Daniel Guiza
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Al Hafiz Hamzah
2. Irfan Abdul Ghani
3. Kamarul Afiq Kamarudin
4. Mohd Azinee Taib
5. Ahmad Tharmini Saiban
6. Mohd Redzuan Nawi
7. Aidil Zafuan
8. Safiq Rahim
9. Norshahrul Idlan Talaha
10. Safee Sali
11. Azmi Muslim
12. Nurul Azwan Roya
13. Admad Ezrie Shafizie Sazali
14. Daniel Guiza
15. K.Satiya
16. Muhammad Tuah Iskandar
17. Zaquan Adha
18. Zamer Selamat (Gk)
19. Ezaidy Khadar
20. Maslayadi Mansor
21. Mohd Faizal Mansor
22. Zulfadhli Mansor
23. K.Thanaraj
24. Muslim Ahmad
25. Simone Del Nero
26.-
27. Mohd Hadin Azman
28. Muhamad Akram Mahinan
29.-
30. Amirul Asyraf Mohd Suhaidi (Gk)

DARUL TAKZIM FC
Pasukan yang digelar ‘Harimau Selatan” ini tiba-tiba menjadi sebuah pasukan yang digeruni dengan kemasukan pemain bertaraf bintang seperti pasangan kembar Aidil serta Zaquan, kapten skuad kebangsaan Safiq Rahim, pemenang anugerah pemain paling bernilai 100Plus/FAM tiga tahun berturut-turut Norshahrul Idlan Talaha, pemenang kasut emas Piala AFF 2010 Safee Sali, pemenang kasut emas La Liga musim 2007/2008 Daniel Guiza serta Simone Del Nero yang pernah membantu skuad Itali memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik Athens 2004.
Jika semua pemain ini beraksi pada tahap terbaik memang sukar untuk lawan mengatasi pasukan mereka. Fandi Ahmad tentunya berada didalam dilema sama ada menurunkan barisan terbaik dalam setiap perlawanan ataupun menggunakan sistem penggiliran pemain. Jika kesemua pemain bintang ini diturunkan dalam satu perlawanan, mungkin akan timbul masalah mengenai formasi yang paling sesuai digunakan ataupun pemain ini bakal beraksi diposisi yang bukan kebiasaan mereka. Persefahaman antara pemain juga dilihat masih goyah dalam 5 perlawanan awal liga. Namun          secara keseluruhannya, Darul Takzim FC wajar diberikan perhatian oleh pasukan lain kerana mereka mempunyai barisan pemain yang berkeupayaan tinggi.

Penulis : Arieost Azzurie