Saingan Liga Super 2013 disifatkan sebagai yang paling sengit dalam sejarah. Jelas kualiti 12 pasukan yang bertanding tidak jauh berbeza. Saingan sengit bukan setakat memburu takhta liga tetapi juga saingan untuk menduduki 10 tangga teratas bagi menggelakkan terjerumus ke saingan Liga Premier musim hadapan.
Berbeza dengan musim lepas, dimana analisis dilakukan sebelum pertandingan, tetapi kali ini ia dilakukan selepas 5 perlawanan dilalui oleh setiap pasukan. Ia dilakukan bagi mendapatkan satu analisis yang lebih tepat. Analisis kesemua 12 pasukan yang bertanding di dalam saingan Liga Super 2013 akan dikemaskinikan didalam blog ini sebelum perlawanan ke-6 pada 16hb Februari ini.
Bagi 12 pasukan yang bertanding, penulis telah membuat 3 kategori iaitu kategori 1 untuk pasukan pencabar kejuraan, kategori 2 untuk pasukan pertengahan ataupun pasukan pengacau serta yang ketiga pasukan yang bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan. Ini hanyalah pendangan peribadi penulis berdasarkan analisis yang telah dilakukan. Keputusan sebenar kita nantikan akhir musim nanti.
Kategori 1 (Pencabar kejuaraan)
1. ATM
2. Pahang
3. Kelantan
4. Darul Takzim FC
5. Lions Xii
Kategori 2 (Pasukan pengacau)
1. Selangor
2. Perak
3. PKNS
Kategori 3 (Bergelut untuk kekal dalam Liga Super)
1. N.Sembilan
2. Terengganu
3. Felda United
4. T-Team
Penulis : Arieost Azzurie