Pages

Thursday 14 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Selangor


SELANGOR

Pengurus : Irfan Bakti
Jurulatih : Irfan Bakti
Pemain Tumpuan : Norazlan Razali, Ramez Dayoub, S.Kunanlan, Forkey Doe
Ramalan : Pasukan pengacau (kedudukan pertengahan liga)
Rating : 8.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Fairul Azwan Shahrulail (Gk)
2. V.Kavichelvan
3. Fairuz Abd Aziz
4. Asrarudin Putra Omar
5. Ramez Jamal Dayoub
6. Nasriq Baharom
7. Adib Aizudin Abd Aziz
8. Shukur Jusoh
9. Solihin Kanasian Abdullah
10. Francis Forkey Doe
11. Afiq Azmi
12. Bunyamin Omar
13. Raimi Mohd Noor
14. -
15. K.Gurusamy
16. S.Kunanlan
17. Amri Yahyah
18. Mahali Jasuli
19. Wan Mohd Hoesne Wan Hussein
20.-
21. Norazlan Razali (Gk)
22. Ramzul Zahini Adenan
23. S.Venood
24. Fitri Syazwan Raduwan
25. Sharbinee Alawee (Gk)


SELANGOR
Ini adalah musim kedua Irfan Bakti mengendalikan pasukan Selangor. Pencapaian musim pertamanya bersama pasukan ini dilihat agak sederhana apabila membantu skuad “gergasi merah” menduduki tangga ke-3 Liga Super, pusingan kedua Piala FA serta separuh akhir Piala Malaysia.
Dengan kehadiran beberapa pemain baru seperti S.Kunanlan, Mahali Jasuli,  Shukur Jusoh, Raimi Mohd Noor serta Francis Forkey Doe ia dilihat mampu mengukuhkan pasukan Selangor khususnya dibahagian midfield serta serangan. Namun kehilangan pemain seperti Safiq Rahim serta Azidan Sarudin dilihat merugikan pasukan. Tanpa Safiq serta Balaban, Selangor tidak mempunyai “specialis” untuk mengambil sepakan percuma yang seringkali menggegarkan gawang lawan seperti musim lepas.
Selepas Melihat kekuatan Selangor disetiap posisi, penulis meramalkan Selangor akan mengakhiri cabaran dikedudukan pertengahan liga, dan dengan sedikit tuah mereka mungkin boleh menduduki tangga ke-4 atau ke-5, namun peluang untuk muncul juara dilihat tipis. Bukan penulis menafikan kehebatan pasukan Selangor, tetapi pasukan seperti ATM, Pahang serta Kelantan dirasakan agak sukar untuk digugat. Namun ia hanyalah pandangan peribadi yang bersifat subjektif, jawapan sebenar akan hanya diketahui pada penghujung saingan liga nanti.

Penulis : Arieost Azzurie