Pages

Wednesday 13 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Lions Xii


LIONS XII

Pengurus : Eugene Loo Kai York
Jurulatih : V.Sundram Moorthy
Pemain Tumpuan : Izwan Mahbud, Baihakki Khaizan, Shahril Ishak,
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.0/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Izwan Mahbud (Gk)
2. Shakir Hamzah
3. Faris Azienudin Khaeri
4. Isa Halim
5. Baihakki Khaizan
6. Madhu Mohana
7. Gabriel Quak Jun Yi
8. Hafiz Abu Sujad
9. Faritz Abd Hameed
10. Fazrul Nawaz
11. Safirul Sulaiman
12. Syafiq Zainal
13. Izzdin Shafiq Yacob
14. Hariss Harun
15. Zulfahmi Ariffin
16. Raihan Abd Rahman
17. Shahril Ishak
18. Muhammad Khairulhin Mohd Khalid
19. Irwan Shah Arismail
20. Khairul Nizam Mohammad
21. Safuwan Baharudin
22. Iqbal Hamed Hussain
23. Nazrul Ahmad Nazri
24. Faris Ramli
25. Ali Hudzaifi Mohd Yusof
26. Shahfiq Ghani
27. Aqhari Abdullah
28. Neezam Abd Azia (Gk)
29. Syed Sufiyan Syed Sulaiman (Gk)

LIONS XII
Pencapaian pasukan Lions Xii di musim pertama mereka dalam saingan Liga Super agak membanggakan apabila muncul naib juara. Dengan dibarisi oleh rata-rata pemain kebangsaan Singapura (kecuali pemain naturalisasi) skuad Lions Xii kali ini diwakili dengan 9 pemain yang membawa Singapura menjuarai Piala AFF Suzuki 2012 baru-baru ini serta selebihnya adalah pemain yang bakal mewakili Singapura dalam Sukan Sea Disember nanti. Jesteru itu ancaman pasukan Lions Xii wajar diberikan perhatian sebagai salah satu pasukan pilihan dalam saingan Liga Super.
Rentak permainan pantas pasukan ini merupakan satu aset yang seringkali membawa kejayaan kepada mereka. Namun rekod membuktikan mereka lebih selesa bermain di padang tiruan berbanding dengan padang biasa. Dalam 5 perlawanan awal, mereka tewas 2 kali di padang biasa iaitu dengan T-Team serta PKNS. Peluang Lions Xii untuk mencipta sesuatu dalam saingan Liga Super akan terjejas sekiranya mereka kerap keciciran mata walaupun ia perlawanan digelanggang lawan. Antara tonggak skuad ini ialah kapten pasukan Shahril Ishak, yang merupakan watak penting untuk menggerakkan jentera tengah serta pemain berpengalaman seperti Baihakki Khaizan yang cukup kental mengawal benteng Lions Xii.

Penulis : Arieost Azzurie