Pages

Sunday 10 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super 2013 | Pahang


PAHANG

Pengurus : Dato Che Nasir Salleh
Jurulatih : Dollah Salleh
Pemain Tumpuan : Nasril Nourdin, Razman Roslan, R.Gopinathan, Fauzi Rozlan
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Khairul Azham Mohd Khalid (Gk)
2. Jalaludin Jaafar
3. Saifulnizam Miswan
4. -
5. Amirulhadi Zainal
6. Mohd Hazri Rozali
7. R.Surendran
8. Azidan Sarudin
9. Mohamed Borji
10. Abdul Malik Mat Arif
11. Faizol Hussein
12. Azamudin Mat Akil
13. Razman Roslan
14. Mohd Faisal Mohd Rosli
15. Mohd Hazuan Mohd Daud
16. Nikolce Kleckarovski
17. Zaiza Zainal Abidin
18. Muhammad Syawal Norsam
19. Fauzi Rozlan
20. Shahrizan Salleh
21. Hafiz Kamal
22. Rosfaizul Azuar Ali (Gk)
23. Nasril Nourdin (Gk)
24. R.Gopinathan
25. -


 Selepas 3 musim membimbing skuad Pahang, musim ini dilihat sebagai musim untuk Dollah Salleh menuai hasil daripada perancangan jangka panjangnya.  Sebahagian besar pemain yang berada dalam skuad adalah pemain yang dibimbingnya sewaktu mula- mula menjadi jurulatih Pahang pada musim 2010 lepas.
Antara pemain Pahang yang dilihat menyerlah hasil didikan Dollah Salleh seperti Azamudin, Gopinathan, Fauzi Rozlan, R.Surendran, Hafiz Kamal serta Faizol Hussein. Mereka ini memainkan peranan yang cukup penting menjana enjin tengah Pahang serta serangan skuad tersebut. Sementara itu kehadiran Nasril, Razman, Amirulhadi serta Azidan Sarudin melengkapkan lagi saingan bagi merebut posisi kesebelasan utama skuad Pahang.
Disebalik kecemerlangan skuad Pahang hingga setakat ini, prestasi 2 penyerang import agak mengecewakan. Borji serta Kleckarovski jelas gagal beraksi dengan baik dalam perlawanan sebenar dan ini memaksa Dollah untuk mengandingkan Azamudin bersama Fauzi Rozlan. Tidak mustahil apabila pintu pemain import kembali dibuka pada April ini, Pahang akan mengambil pemain import baru. Namun penulis meramalkan Dollah akan mengambil seorang pemain pertahanan baru bagi menggantikan Kleckarovski, sambil kedudukan Borji dianggap 50-50 sama ada kekal ataupun digantikan dengan penyerang baru.
Secara keseluruhannya, skuad Pahang kali ini dianggap mempunyai potensi untuk mencipta sesuatu dalam saingan Liga Super 2013.

Penulis : Arieost Azzurie