Pages

Monday 11 February 2013

Analisis 12 Pasukan Liga Super | Kelantan



KELANTAN

Pengurus : Bojan Hodak
Jurulatih : Bojan Hodak
Pemain Tumpuan : Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, Baddri Radzi, Keita Mandjou
Ramalan : Pencabar kejuaraan.
Rating : 8.5/10

No Jersi serta nama pemain.
1. Shahrizan Ismal (Gk)
2. Azizi Mat Rose
3. Tuan Mohd Faim Tuan Zainal Abidin
4. Obinna Nwaneri
5. Nik Shahrul Azim Halim
6. Farisham Ismail
7. Zairo Anuar Zailani
8. Shakir Shaari
9. Mohd Aris Zaidi
10. Norfarhan Mohammad
11. Abdul Aziz Ismail
12. Izuan Sollahuddin
13. Faiz Subri
14. Zamri Ramli
15. Daudsu Jamaludin
16. Baddri Radzi
17. Rizal Fahmi Rosid
18. Khairul Izuan Rosli
19. Khairul Fahmi Che Mat (Gk)
20. Keita Mandjou
21. Norhaidi Ubaidillah
22. Haris Safwan Kamal
23. Indra Putra Mahyuddin
24. Zairul Fitree Ishak
25. K.Nanthakumar
26. Dimitri Petratos (Didaftarkan untuk Piala AFC)
27. Lek Kcira (Didaftarkan untuk Piala AFC)
28. S.Subramaniam

 Juara treble musim lalu kini berdepan kesukaran untuk mengulangi kejayaan musim lepas. Ramai yang mengatakan prestasi skuad Kelantan musim ini agak merudum berbanding musim 2012. Bagi penulis, kekuatan pasukan Kelantan tidak jauh berbeza dengan musim lepas. Cuma berlaku sedikit kepincangan dalam jentera serangan skuad Kelantan musim ini. Pemergian Norshahrul, Ghaddar serta Ramzul memberikan kesan kepada jentera hadapan skuad kijang. Keita Mandjou, Haris Safwan serta Aris Zaidi dilihat belum mencapai standard sebagaimana penyerang Kelantan sebelum ini.
Dibahagian midfield kekuatan pasukan Kelantan dilihat tidak mempunyai masalah. Kedatangan Zairo Anuar Zailani serta Faiz Subri menjadikan bahagian tengah pasukan Kelantan begitu padat dengan pemain-pemain yang berkualiti tinggi. Tidak mustahil Hodak akan meletakkan pemain seperti Norfarhan, Indra ataupun Faiz sebagai pengempur seandainya barisan penyerang yang ada terus tumpul memburu gol.

Penulis : Arieost Azzurie