Pages

Monday 20 February 2012

Senjata Rahsia Skuad Olimpik Malaysia



Nazmi Faiz Mansor, satu nama yang pada mulanya tiada siapa yang mengenalinya. Tetapi tindakan Ong Kim Swee membawanya ke Jakarta untuk bermain sukan Sea 2011 telah menampaknya ada harapan bagi Nazmi menyinar.

Malam 27 Nov 2011 sejarah telah terlakar. Nazmi anak muda daripada Kuala Lumpur telah menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa pertama. Bukan sebarang gol, tetapi gol bertaraf dunia!




Mempunyai mutu kawalan bola yang tinggi dan hantaran yang selalunya tepat kepada rakan sepasukan, Nazmi dijangka bakal menghadirkan kegugasaran kepada para pemain skuad Jepun malam esok.

Tahun 90-an dunia dikejutkan dengan aksi seorang pemain muda daripada Brazil iaitu 'Ronaldo 9'. Dia telah digelar 'El Phenomeno'. Kini tiba masanya seorang lagi bakal bintang layak untuk digelar 'The Phenomenon' !

Kredit Foto:Nazri Hashim
Penulis:Pecinta Bola