Pages

Saturday 25 February 2012

Penerangan mengenai siaran langsung/tertunda perlawanan antarabangsa bertaraf A skuad negara di luar negara.



"Admin, ade 'live' tak game Malaysia vs XxxxX?"
"Admin, ade 'live streaming' tak game Malaysia vs XxxxX tu?"

Antara soalan yang kerap ditanya oleh Sahabat BM apabila tiap kali skuad negara akan menghadapi perlawanan antarabangsa bertaraf A di luar negara.

Ok, di sini admin ingin jelaskan satu perkara, pihak Astro Arena seboleh-bolehnya mahu menyiarkan semua perlawanan antarabangsa bertaraf A yang melibatkan skuad negara di luar negara secara langsung.

Namun, pihak Astro hanya dapat membuat siaran langsung perlawanan yang melibatkan skuad negara jika pihak stesen televisyen di sana ada membuat liputan(siaran langsung ataupun siaran tertunda).

Jika ada liputan pada perlawanan yang melibatkan skuad negara di luar negara, barulah pihak Astro Arena akan membeli hak siaran langsung/tertunda sesuatu perlawanan di luar negara itu.

Bagaimana la pihak Astro Arena mahu menyiarkan siaran langsung/tertunda perlawanan skuad negara di luar negara jika pihak penyiar di sana pun tidak membuat liputan.

Agak-agak la nak suruh krew Astro Arena ke luar negara untuk buat liputan siaran langsung. Nak kena bawa peralatan sendiri lagi, kena minta kebenaran pihak penyiar di sesebuah negara lagi. Macam-macam perkara yang perlu dibuat jika bawa peralatan sendiri.

Kos sememangnya agak tinggi jika bawa nak buat liputan sendiri. Maka membeli hak siaran daripada stesen penyiar di negara yang membuat liputan perlawanan adalah lebih munasabah.

Satu lagi, 'live streaming' ini hanya wujud apabila sesebuah perlawanan itu dibuat liputan siaran langsung/tertunda di televisyen. Ini kerana 'live streaming' itu ialah siaran langsung dalam siaran internet, dalam erti kata lain, 'live streaming' ini ialah alternatif kepada siapa yang tiada televisyen.

Penulis:Pecinta Bola
Kredit Foto:Astro Arena