Pages

Sunday, 5 February 2012

El Clasico Versi Liga Malaysia



Umum tentunya mengetahui perlawanan El Clasico merujuk kepada perseteruan diantara 2 kelab bolasepak paling berjaya di Sepanyol iaitu antara Barcelona serta Real Madrid. El Clasico ataupun perlawanan klasik ini sudah bermula pada tahun 1902 iaitu kira-kira 110 tahun lepas.

Jika ditanya kepada peminat bolasepak tempatan, perlawanan manakah yang layak digelar "El Clasico Versi Liga Malaysia" tentu berbagai jawapan yang diterima. Tetapi bagi penulis, perlawanan Selangor menentang Lions XII (Singapura) adalah jawapannya.

Walaupun kini Singapura menggunakan nama lain iaitu Lions XII tetapi hakikatnya inilah pasukan bolasepak Singapura. Ia tetap dibawah pengurusan Football Association Of Singapore (FAS), malah pemainya juga dibarisi oleh pemain kebangsaan republik berkenaan.

Mengimbau kembali sejarah pertemuan klasik kedua pasukan ini, ia sudahpun bermula pada Perlawanan Akhir edisi pertama Piala Malaya (Piala Malaysia) pada tahun 1921 iaitu 91 tahun lepas. Ketika itu perlawanan ini dimenangi oleh pasukan Singapura dengan menewaskan Selangor 2-1 di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Malah fakta betapa Selangor berjaya memenangi 32 kali Piala Malaysia, naib juara 15 kali dan Singapura 24 kali juara, 19 kali naib juara mengesahkan dua pasukan ini adalah pasukan yang paling berjaya dikalangan pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia. Sememangnya inilah pertemuan klasik yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tempatan. El Clasico kini kembali !!!

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Ley Man