Pages

Wednesday 22 February 2012

Musim hadapan hanya Johor dan Johor B sahaja?

UNOFFICIAL MEETING DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM BERSAMA JENGKING FAN CLUB, KELAB PENYOKONG SIBER JOHOR FC


9.00 MALAM
19 FEBRUARI 2012
ISTANA PASIR PELANGI, JOHOR BAHRU

RINGKASAN MAKLUMBALAS “UNOFFICIAL MEETING” 

Misi dan Visi utama Tunku Mahkota Johor dalam mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Johor:-
  • Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
  • Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
  • Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
  • Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
  • Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
  • Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
  • Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
  • Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
  • Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
  • Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
  • Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
  • Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
  • Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
  • Mewujudkan “Johor FanClub CafĂ©” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.


Nota: Penulis tertarik dengan satu isu yang ada dalam minit mesyuarat ini mengenai pada musim hadapan akan hanya ada 2 pasukan daripada Johor iaitu Johor dan Johor B. Maka apabila hanya 2 pasukan mahu dikekalkan sedangkan negeri Johor ada 4 pasukan dalam Liga M.Cuba baca info yang admin dapat ini.

Mengikut Kod Tatatertib FAM yang dikuatkuasakan mulai tahun 2011, hak mengenakan sesuatu "hukuman" seperti membubarkan sesuatu pasukan yang didaftarkan di bawah FAM hanya boleh diputuskan oleh FAM:
1.2. Kod Tatatertib ini berkuatkuasa ke atas semua yang terlibat dalam semua
Aktiviti Bolasepak di Malaysia iaitu:
1.2.1 Persatuan Bolasepak Malaysia termasuklah Ahli.
1.2.2 Persatuan Bolasepak, Kelab atau mana-mana badan yang bergabung dengan Ahli.

Ini bermakna PBNJ selaku "Ahli FAM" tidak berhak membubarkan MP Muar FC yang diiktirafkan sebagai "Ahli-Ahli" di bawah pendaftaran badan induk FAM:
2.1.4. “Ahli” bermakna Ahli FAM dan termasuklah Ahli-Ahli.
2.1.5. “Ahli FAM” bermakna Persatuan Bolasepak Negeri, Persatuan
Bolasepak Polis DiRaja Malaysia, Persatuan Bolasepak Angkatan
Tentera Malaysia, Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia, Majlis Sukan
India Malaysia, Persatuan Bolasepak Cina Malaysia, Persatuan
Pemain-pemain Bolasepak Malaysia, Persatuan Pengadil Bolasepak
Malaysia dan Persatuan Jurulatih Bolasepak atau seperti yang
ditetapkan mengikut Artikel 11, Statut FAM yang berdaftar dengan
Pesuruhjaya Sukan, Malaysia dan bergabung dengan Persatuan.
2.1.6 “Ahli-Ahli” bermakna mana-mana persatuan Bolasepak di peringkat
Daerah atau Kelab atau mana-mana badan yang ditubuhkan dengan
sempurna dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sukan, Malaysia dan menjadi
ahli gabungan kepada Ahli FAM.

Nota:Nampak mudah kan bila mahu bubarkan sesuatu pasukan tetapi realitinya sukar juga sebenarnya. Jika dibubarkan, pasukan itu bakal dikenakan denda dan juga digantung untuk beberapa musim jika berhasrat untuk memasuki Liga M semula setelah dibubarkan.

Penulis:Pecinta Bola
Sumber:Jengking Fan Club, Liga FAM