Pages

Friday 23 March 2012

Rumusan Suku Akhir Piala FA

Terengganu lwn Lions Xii
Terengganu melalui satu lagi ujian getir dalam saingan Piala FA musim ini. Dengan adanya format perlawanan timbal balik dalam peringkat suku akhir ia juga secara tidak langsung bakal mengerah kudrat yang lebih terhadap pasukan Terengganu yang terut bersaing dalam Liga Super serta Piala AFC. Jika Mat Zan bijak menggunakan sistem penggiliran pemain, mungkin masalah kecergasan pemain mampu diatasi. Di kem Lion Xii, mereka semakin serasi bermain dalam satu unit, dan cabaran mereka wajar diberikan perhatian kerana pasukan ini juga mempunyai kualiti sebagai antara pasukan yang mampu menjulang kejuaraan.
Pasukan pilihan : Terengganu

Sime Darby lwn Johor Fc
Slot suku akhir bagi pertemuan ini agak mengejutkan bagi pemerhati bolasepak tempatan. Kedua pasukan ini telah menewaskan lawan yang dianggap sebagai pasukan pilihan. Selaku pengendali Johor Fc, Devan telah mengecewakan pasukan yang pernah dibantunya menjulang Piala FA iaitu N.Sembilan serta Selangor. Kelibat pemain import mereka, Fernando Abreu   serta Henrique Arthuro ternyata telah banyak meningkatkan kualiti pasukan ini. Bagi pasukan Sime Darby, semangat berpasukan serta disiplin yang tinggi dari barisan anak didik Ismail Zakaria ini merupakan kunci utama mereka mampu mara sejauh ini.
Pasukan pilihan : Johor Fc

KL SPA lwn Kelantan
Walaupun sekadar bermain di Liga FAM, skuad bimbingan Nizam Jamil wajar diberikan pujian kerana mampu mara sejauh ini. Keupayaan pasukan ini menewaskan lawan yang lebih berpengalaman seperti MBJB serta juara liga Kemboja Phang Khang Reach Fc membuktikan cabaran mereka tidak boleh dipandang enteng. Bagi pasukan Kelantan, dengan kualiti yang mereka miliki, perlawanan menentang pasukan dari Liga FAM seharusnya dimenangi oleh mereka tanpa banyak masalah.
Pasukan pilihan : Kelantan

Kedah lwn T-Team
Pertemuan yang dilihat cukup seimbang bagi kedua-dua pasukan. Cukup menarik untuk menyaksikan pertembungan dibahagian midfield dengan Baddrol serta Safi menghadapi Zairo serta Faiz Namun skuad bimbingan Wan Jamak mempuntai sedikit kelebihan dengan barisan pemain yang lebih berpengalaman bermain diperingkat kalah mati seperti saingan Piala FA ini. Yunus Alif tentunya menyedari inilah halangan terbesar mereka bagi mencipta sesuatu dalam kempen Piala FA 2012.
Pasukan pilihan : Kedah

Penulis : Arieost Azzurie