Pages

Tuesday 6 March 2012

Media Alternatif perlu ada pada setiap pasukan dalam Liga M

Terengganu-GanuSoccer.Net GSN
Kedah-HKCtv
Perak-Pakcu My
Sabah-SabahawksArena

Diatas sekadar beberapa nama media alternatif kepada pasukan dalam Liga M. Rasanya sudah tiba masa untuk semua pasukan mempunyai media alternatif yang sendiri. Mereka ini berperanan untuk merakam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan mereka dalam saingan Liga M.

Walaupun mungkin agar sukar untuk membuat 'live' kerana kekangan beberapa perkara dan yang terutama atas masalah bajet, tetapi media alternatif ini mampu untuk memberi rakaman atau gambaran lebih jelas dalam sesuatu perlawanan.

Maka tidaklah penyokong berasa 'terkilan' kerana tidak dapat menonton aksi pasukan kesayangan disebabkan beberapa perkara seperti terpaksa bekerja lebih masa, bajet tidak mencukupi untuk ke gelanggang lawan dan sebagainya.

Penulis:Pecinta Bola