Pages

Thursday 8 March 2012

Rumusan 8 Perlawanan Piala FA

Terengganu lwn Perak
Pertemuan Terengganu menentang Perak pastinya dilihat sebagai perlawanan yang paling mencuri tumpuan dalam pusingan kedua piala FA kali ini. Terengganu dibawah bimbingan Mat Zan kini berada dalam moral terbaik selepas berjaya menewaskan K.Lumpur serta kelab Vietnam, Song Lam Nghe An dan saingan Piala AFC. Bagi pasukan Perak pula, selepas berjaya menewas ATM dalam pusingan pertama kini mereka sekali lagi berdepan dengan 1 lagi ujian sukar. Norizan pastinya menyedari hanya aksi terbaik daripada anak-anak buahnya mampu menewaskan lawan sukar seperti Terengganu.
Pasukan pilihan : Terengganu

Lions Xii lwn NS Betaria
Pasukan bimbingan Sundram Moorthy semakin menunjukkan taring mereka semenjak akhir-akhir ini. Tonggak utama pasukan ini seperti Shahril Ishak, Hariss Harun serta Baihakki Khaizan bakal memberikan ancaman kepada barisan anak buah Azuan Zain. Diatas kertas pasukan Lions Xii adalah pasukan pilihan dalam pertemuan ini, tetapi aksi diatas padang adalah penentuan yang sebenarnya untuk melihat pasukan mana yang lebih hebat.
Pasukan pilihan : Lions Xii

Usm Fc lwn Sime Darby
S.Veloo serta anak-anak buahnya pastinya masih mengingati bagaimana pasukan mereka mudah diratah Sime Darby 1-4 dalam saingan Liga Premier, Februari lepas. Kehilangan beberapa tonggak utama seperti Jeevanathan, Fariss Md Isa serta Failee memberikan kesan yang mendalam terhadap kekuatan pasukan ini berbanding musim lepas. Sementara itu pasukan Sime Darby dilihat semakin serasi dibawah kendalian Ismail Zakaria malah pasukan ini telah mengejutkan pasukan Sabah dalam pusingan pertama Piala FA baru-baru ini.
Pasukan pilihan : Sime Darby

Johor Fc lwn Selangor
Selepas berjaya menewaskan pasukan yang pernah dibimbingnya N.Sembilan dalam saingan pusingan pertama Piala FA, Devan pastinya ingin melakukan perkara yang sama terhadap pasukan Selangor pula dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA. Kehadiran pemain import baru Abreu serta  Arthur Henrique banyak membantu terhadap peningkatan kualiti permainan pasukan ini. Sementara itu Irfan pastinya menyedari dalam saingan kalah mati seperti ini, beliau tiada pilihan selain mengerah kudrat anak-anak buahnya untuk mempamerkan aksi terbaik bagi mencerahkan peluang kepusingan seterusnya.
Pasukan pilihan : Selangor

Kelantan lwn Kuala Lumpur
Kelantan yang dipimpin Bojan Hodak bagi menggantikan Peter Butler telah menunjukkan persembahan yang sederhana ketika menentang N.Sembilan serta Saigon Navibank. Sementara itu pasukan K.Lumpur yang terumbang-ambing dalam saingan liga dilihat sedikit mempamerkan peningkatan apabila berjaya memimjam pemain import Kelantan iaitu Okine serta Charara. Namun tidak dapat dipastikan sama ada meraka beraksi dalam perlawanan ini atau tidak.
Pasukan pilihan : Kelantan

Preach Khan Reach lwn KL SPA
Tuah undian nyata memihak kepada pasukan jemputan dari Kemboja, Phang Khang Reach Fc apabila menentang pasukan bukan dari liga utama dalam pusingan pertama dan kedua Piala FA kali ini. Pasukan juara liga Kemboja ini dilihat tidak menghadapi sebarang masalah bagi menangani cabaran KL SPA dan seterusnya layak keperingkat suku akhir Piala FA. Bagi pasukan KL SPA kejayaan mereka mara ke pusingan kedua Piala FA boleh dibanggakan dan mereka adalah satu-satunya pasukan dari Liga FAM yang beraksi dalam pusingan kedua Pila FA kali ini.
Pasukan pilihan : Preach Khan Reach

Kedah lwn Perlis
Pertemuan yang digelar “Derby Utara” ini pastinya agak menarik untuk disaksikan. Semenjak kehadiran Wan Jamak serta pemain import baru Abdelfatah Safi, pasukan Kedah dilihat semakin menunjukkan peningkatan berbanding ketika diawal musim. Bagi pasukan Perlis walaupun dilihat tidak beberapa konsisten dalam saingan Liga Premier tetapi mereka boleh mencipta kejutan andainya lawan terlalu memandang rendah kemampuan pasukan ini.
Pasukan pilihan : Kedah

T-Team lwn Pahang
T-Team pastinya akan terus menyandarkan harapan mereka kepada kecemerlangan pemain seperti Zairo serta Faiz Subri. Ternyata kelibat 2 pemain ini banyak mempengaruhi kebangkitan T-Team dalam saingan Liga Super serta kejayaan mereka mara kepusingan kedua Piala FA. Sementara itu cabaran Pahang juga tidak boleh dipandang mudah, ketajaman Azamuddin serta disuntik oleh tenaga import baru dari Russia boleh menghukum pihak lawan.
Pasukan pilihan : T-Team

Penulis : Arieost Azzurie