Wednesday, 4 January 2012
Liga Super 2012 : Review Pasukan PKNS
Pengurus : Yaacob Jailani
Jurulatih : Abdul Rahman Ibrahim
Senarai Pemain :
1. Mohd Hafidz Romly
2. Mohd Remezey Che Ros
3. Razi Effendi Suhit
4. Helmi Rameli
5. Fahrul Nizwan
6. Fadhil Hashim
7. Muhamad Idris Ahmad
8. Faizal Nasir
9. Zulhariz Mohd Noor
10. Ahmad Shahril Zakaria
11. Ahmad Azlan Zainal
12. Khairul Azrin Khazali
13. P.Rajesh
14. Mohd Fauzan Dzulkifli
15. Farouk Hashim
16. Mohd Norhafizzuan Jailani
17. Azwan Malek
18. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham
19. Mohamad Fazli Baharudin
20. Michael Nicoise
21. Rudie Ramli
22. Nazrin Syamsul Bahari
23. Asyidi Dilashar Yusof
24. Khairul Akhyar Husain
Rating : 6.5/10
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saigan Liga Super.
Musim lepas pasukan PKNS hampir mencatatkan sejarah tersendiri dalam kempen Liga Premier sebagai pasukan yang mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 1 musim. Namun impian tersebut berkecai apabila pasukan Sarawak berjaya menewaskan pasukan PKNS di Kuching.
Bagi menghadapi musim 2012, A.Rahman sebagai pengendali PKNS sudah pasti memasang impian untuk mencipta sesuatu bersama pasukan bimbingannya. Beberapa pemain baru telah diambil untuk memperkuatkan pasukan. Antara pemain tersebut ialah, Mohd Hafidz Romli (P.Pinang), Remezey Che Ros (K.Lumpur), Fahrul Nizwan Abdul Nasir (ATM), Fazli Baharudin (Pahang), Farouk Hashim (K.Lumpur), Ahmad Azlan Zainal (K.Lumpur), Azwan Malek (K.Lumpur), Rudie Ramli (Selangor), Helmi Rameli (Terengganu), Muhammad Faizal Nasir (Pos Malaysia) serta pemain import Dawood Nicoise.
A.Rahman ternyata agak berani mengambil risiko untuk mempertaruhkan penjaga gol muda yang agak kurang berpengalaman mengawal gawang skuad PKNS musim ini. Selepas pemergian Badrulzaman, kini dilihat hanya Razi Effendi Suhit yang agak berpengalaman, manakala Remezey serta Hafidz Romli agak kurang pengalaman beraksi pada saingan tertinggi.
Dibarisan pertahanan, kapten pasukan Fadhil Hashim dijangka akan terus diberikan kepercayaan mengemudi pertahanan kiri sambil Helmi Rameli beraksi dipertahanan kanan. Tugas pertahanan tengah pasukan PKNS mungkin akan digalas oleh Ahmad Azlan Zainal, Fahrul Nizwan A.Nasir ataupun Idris Ahmad. Senarai pemain lain dibarisan pertahanan ialah Faizal Nasir, Zulharis Mohd Noor serta Ahmad Shahril Zakaria .
Pasukan PKNS turut kecewa kerana Helmi Loussaief, pemain import yang mereka daftarkan tidak diluluskan untuk bermain dalam saingan Liga Malaysia musim ini. A.Rahman tiada pilihan lain sehingga April ini, dan beliau terpaksa mengharapkan tenaga tempatan sepenuhnya diposisi ini. Azwan Malek, Fazli Baharudin, Azrif Nasrulhaq antara pemain yang berbakat dimiliki PKNS dibahagian midfield. Mereka dijangka bakal memainkan peranan utama mengemudi bahagian midfield skuad PKNS dalam saingan Liga Super nanti. Pemain lain diposis ini ialah Mohd Khairun Azrin Khazali, P.Rajesh, Mohd Fauzan Dzulkifli, Farouk Hashim serta Mohd Norhaffizzuan Jailani.
Penggempur utama skuad PKNS musim ini dijangka akan dipikul oleh Michael Nicoise, Rudie Ramli serta Khairul Akhyar. Rudie walaupun sudah agak berusia tetapi pengalaman serta kemahirannya cukup penting bagi membantu skuad PKNS mencipta sesuatu yang boleh dibanggakan. Selain itu, Nazrin Samsul Bahari serta Asyidi Dilashar Yusof juga merupakan penyerang skuad PKNS musim ini.
Saingan kali ini amat mencabar buat semua pasukan Liga Super. Jurang antara pasukan tidak jauh berbeza, hanya pasukan terbaik mampu kekal dalam saingan ini musim hadapan. Tugas berat menanti A.Rahman berserta anak buahnya didalam saingan kali ini.
Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia
Tuesday, 3 January 2012
SERIUS!! Tolong baca secepat mungkin! Selepas itu ambil tindakan anda jika anda rasakan anda wajar membantu.
Muhd Ariff Bin Zulkifly? Anda kenal dengan pemain ini? Mungkin yang akan mengatakan Ya dan ada juga yang akan mengatakan Tidak. Ok anda baca serba sedikit dahulu mengenai pemain ini kelahiran Kuala Lumpur ini.
Ariff mempunyai pengalaman yang luas di dalam bermain bola sepak yang dikumpul olehnya di serata dunia. Mula bermain bola sepak profesional di berusia 10 tahun sebagai pemain sekolah, bermain untuk Malaysia bermula pada 12 tahun belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai pelajar dan pemain Pasukan Malaysia U-16, U-17, U-19 dengan tapak kukuh sebagai pemain kesebelasan utama. Sekarang Ariff bermain untuk Harimau Muda B yang mengambil bahagian dalam Liga Perdana Malaysia 2012.
Pernah mengikuti latihan ketika berumur 15 tahun di Old Trafford bersama dengan Owen Hargreaves, Park Ji Sung dan Louis Saha.Pernah juga ikut training Arsenal Soccer School bawah bimbingan Robert Alberts dan B-Sathianathan tahun 2005.
PENCAPAIAN UTAMA Ariff
PASUKAN / KEJOHANAN / TAHUN
2004
Selangor dan Malaysia Pemain U-12
MSSM Selangor dan Player Pemilihan Piala Dunia Bawah 12, Saitama Jepun
2007
Kapten Selangor U-15,
MSSM Kulim Kedah, Peserta Akhir 2 tempat
2008
Kapten Bandar Penawar Sekolah Sukan U-15,
MUPC / Nike Cup, Champion
(Mewakili Malaysia di Peringkat Dunia MUPC di Old Trafford England)
2009
Kapten Bukit Jalil Sports School U-16,
Sekolah ASEAN di Bangkok Thailand, tempat 3
2010
Kapten Bukit Jalil Sports School U-17,
Juara Piala Presiden
2011
Harimau Muda B (yang mengambil bahagian dalam Malaysia Liga Perdana 2011),
AFF U-19 Yangon Myanmar, tempat 3 2011
Posisi:Pertahanan Tengah
Caps untuk Malaysia:30 caps++
Dia telah menerima tawaran untuk menjalani ujian pemilihan(bukannya latihan 2 minggu yang boleh dianggap mengambil hati semata-mata) dengan Akademi Bola Sepak Ole di New Zealand namun memerlukan kos minimum lebih kurang RM14,000 sebagai perbelanjaannya di sana.
Jika sesiapa berminat untuk meringankan kewangan Muhd Ariff di sini kami sertakan no akaun CIMB Muhd Afiff.
NAMA : MUHD ARIFF BIN ZULKIFLY
BANK : CIMB BANK
NO AKAUN: 12840005342525
AMARAN: UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA PENIPUAN, SILA SEMAK NO AKAUN INI DAN SIAPA PEMILIKNYA YANG SEBENARNYA DI BANK CIMB BERHAMPIRAN DENGAN ANDA. JIKA BENAR INI NO AKAUN ARIFF, SILALAH MENYUMBANG.
Penulis dan penaip:Pecinta Bola
Foto:Arif Zulkifly_5 Official
Sumber:Sokerleaks(http://sokerleaks.blogspot.com/), Goggle, Arif Zulkifly_5 Official
Liga Super 2012 : Review Pasukan Sarawak
Pengurus / Jurulatih : Robert Alberts
Senarai pemain :
1. Sani Anuar Kamsani
2. Aidil Mohamad
3. Saiful Amar Sudar
4. Ramesh Lai Ban Huat
5. Mazwandi Zakaria
6. Shahran Abdul Samad
7. Mohd Dzulazlan Ibrahim
8. Yosri Derma Raju
9. Guy Bwele (Cameroon)
10. Shahrol Malek
11. Mohd Fareez Tukijo
12. Zamri Morshidi
13. Mohd Hairol Mokhtar
14. K.Rajan
15. Azizan Saperi
16. Mohd Azizan Baba
17. Mohd Shahrol Saperi
18. Ronald Dennis
19. Benedict Martin
20. Ashri Chuchu
21. Kalle Sone (Cameroon)
22. K.Ravindran
23. Khairul Azahar Eidros
24. Mohd Rasyid Aya
Rating : 7.0
Ramalan : Sepuluh pasukan teratas liga.
Pasukan Sarawak telah membuat persiapan yang agak rapi bagi mengharungi cabaran Liga Super musim 2012 ini. Beberapa pemain baru telah dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi pasukan. Antara pemain tersebut ialah Sani Anuar Kamsani (MP Muar), Ramesh Lai Ban Huat (Felda United), K.Ravindran (Harimau Muda B), K.Rajan (Felda United), Yosri Derma Raju (Selangor), Mohd Rasyid Aya (Johor Fc), Saiful Amar Sudar (Selangor) serta dua pemain import dari Cameroon, Guy Bwele dan Kalle Sone.
Bagi posisi penjaga gol, pasukan Sarawak mempunyai 3 penjaga gol yang boleh diharapkan untuk menjadi penjaga gol utama. Jika Sani Anuar Kamsani dapat kembali dengan prestasi terbaiknya, dia dilihat sebagai calon paling sesuai mengawal kubu terakhir pasukan Sarawak. Selain itu Sani juga mempunyai kelebihan dari segi pengalaman berbanding Aidil serta Saiful Amar. Namun Aidil juga mempunyai kelebihan tersendiri kerana telah mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang musim 2011, serta beliau lebih lama berada dalam pasukan Sarawak berbanding 2 lagi pencabarnya. Melihat kepada keadaan ini, Saiful Amar perlu berusaha dengan lebih gigih jika mahu merebut posisi penjaga gol utama pasukan Sarawak.
Robert Alberts menyedari antara kelemahan ketara pasukan Sarawak musim lepas adalah dibahagian pertahanan. Untuk itu pada musim ini beberapa pemain baru telah diambil bagi memantapkan lagi bahagian pertahanan pasukan Sarawak. Antara pemain tersebut ialah Ramesh Lai Ban Huat, Yosri Derma Raju serta pemain import Guy Bwele. Ketiga pemain ini dijangka akan menjadi tonggak utama pasukan Sarawak dibahagian pertahanan disamping Mazwandi Zakaria. Selain itu Shahrin Abdul Samad serta Mohd Dzulazlan Ibrahim juga berada dalam senarai pemain pertahanan pasukan sarawak musim ini.
Dibahagian midfield kapten pasukan, Zamri Morshidi akan memainkan peranan yang cukup penting bagi mengemudi bahagian tengah pasukan Sarawak. Beliau dijangka akan digandingkan bersama Benedict Martin ataupun Azizan Baba. Sementara dibahagian sayap, K.Rajan serta Ashri Chuchu merupakan pilihan terbaik bagi mengisi posisi tersebut. Senarai pemain lain diposisi midfield ialah Shahrol Malek, Mohd Fareez Tukijo, Mohd Hairol Mokhtar, Azizan Saperi,Shahrul Saperi serta Ronald Dennis.
Bagi tugas penggempur utama, Kalle Sone sudah hampir pasti akan mengisi posisi tersebut. Soalnya siapakah gandingan terbaik beliau dibahagian serangan? Bagi penulis, Rasyid Aya dilihat sebagai penyerang yang berpotensi untuk menggantikan penyerang berbisa Sarawak sebelum ini, Bobby Gonzales yang telah kembali semula kepasukan kelahirannya, Sabah. K.Ravindran juga boleh memikul tanggungjawab tersebut, tetapi beliau agak kurang berpengalaman. Seorang lagi penyerang Sarawak, Khairul Azhar Eidros juga bakal bersaing untuk digandingkan bersama Kalle Sone.
Robert Alberts ternyata telah banyak membawa perubahan positif semenjak beliau membimbing pasukan Sarawak. Jika Alan Vest memerlukan masa 3 tahun untuk membawa kejayaan kepada Sarawak, Robert Alberts juga boleh mengulangi kejayaan tersebut sekiranya beliau diberikan sokongan yang sepenuhnya dari pihak pengurusan serta peminat bolasepak Sarawak.
Penulis : Arieost Azzurie
Logo : Wikipedia
Monday, 2 January 2012
Liga Super 2012 : Review Pasukan Felda United
Pengurus : Dato Dzulkifli Wahab
Jurulatih : E.Evalarasan
Senarai pemain :
1. Hamsani Ahmad
2, Suffian Abdul Rahman
3. Syamim Othman
4. Farid Ramli
5. Nazri Ahmad
6. M.Sivakumar
7. Ghani A.Rahman
8. Irfan A.Ghani
9. Juzaili Samion
10. Raimi Mohd Noor
11. Yong Kuong Yong
12. Hardi Jaafar
13. Khairun Ezuan Razali
14. S,Sivanesan
15. Azrul Ahmad
16. Farderin Kadir
17. Aminuddin Ahmad Shahrudin
18. Nizad Ayub
19. Norizam Salaman
20. Ahmad Fakri Saarani
21. Firdaus Fauzi
Rating : 7.0
Ramalan : 10 pasukan teratas liga.
Untuk menghadapi musim 2012, pasukan Felda United telah membuat perubah besar-besaran dalam pasukan. Hanya beberapa pemain musim lalu yang dikekalkan seperti Hamsani Ahmad, Azrul Ahmad, Farderin Kadir, Juzaili Samion serta Ghani A.Rahman.
Manakala selebihnya adalah muka baru antaranya Suffian A,Rahman (Pahang), Farid Ramli (K.Lumpur), Nazri Ahmad (Harimau Muda A), S.Sivanesan (Harimau Muda A), M.Sivakumar (Sabah), Yong Kuong Yong (Sabah), Hardi Jaafar (Selangor), Khairan Ezuan Razali (Kelantan), Aminuddin Ahmad Shahrudin (N.Sembilan), Nizad Ayub (Kelantan), Norizam Salaman (Johor), Ahmad Fakri Saarani (N.Sembilan) serta Firdaus Fauzi (Kedah).
Persiapan pasukan Felda United sedikit terjejas apabila gagal menggunakan khidmat pemain import iaitu Bianchi Parades Santiago yang tidak diluluskan penyertaan oleh FAM bagi mengharungi kempen Liga Malaysia kerana tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan. Bianchi sepatutnya akan mengukuhkan benteng pasukan Felda United, tetapi disebabkan masalah ini, Felda United perlu menunggu sehingga April nanti untuk mendapatkan pemain import baru. Mari kita lihat pasukan ini dari posisi penjaga gol hingga ke posisi serangan.
Bagi posisi penjaga gol utama, Evalarasan dijangka akan terus memberi kepercayaan terhadap penjaga gol veteran, Hamsani Ahmad sambil Suffian A.Rahman akan bersaing hebat bagi merebut posisi tersebut.
Di bahagian pertahanan, skuad kali ini dilihat agak kurang pemain berpengalaman diposisi ini berbanding skuad musim lepas. Ghani A.Rahman, Juzaili Samion, Nazri Ahmad serta Farid Ramli dijangka bakal menjadi tonggak utama pasukan Felda United musim ini. Senarai lain diposisi pertahanan ialah M.Sivakumar, Irfan A.Ghani serta Raimi Mohd Noor.
Sementara itu, barisan midfield pasukan Felda United kali ini dilihat agak mantap apabila ia bakal diisi oleh ramai pemain kebangsaan serta bekas pemain kebangsaan. Yong Kuong Yong, Hardi Jaafar, Khairan Ezuan Razali, S.Sivanesan, Azrul Ahmad serta Ahmad Fakri Saarani.
Jentera serangan pasukan Felda United musim ini bakal dikemudikan oleh Farderin Kadir, Nizad Ayub, Aminuddin Ahmad serta Firdaus Fauzi.
Dengan skuad serba-baru, Evalarasan telah mengambil risiko untuk membentuk keserasian dikalangan pemainnya. Walaubagaimanapun penulis meramalkan pasukan ini akan menjadi pasukan pengacau buat pasukan yang merebut kejuaraan. Pasukan ini juga akan terus kekal bersaing dalam saingan Liga Super musim hadapan.
Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan
Sunday, 1 January 2012
Liga Super 2012 : Review Pasukan T-Team
Pengurus : Razi Mamat
Jurulatih : Yunus Aliff
Senarai pemain :
1. Syamsuri Mustapa
2. Iqbal Suhaimi
3. Suhardy Alby
4. Dzaiddin Zainuddin
5. Shahrul Ezrain Shamsudin
6. Alff Alias
7. Norfazli Alias
8. Shahril Faizal Jamaludin
9. Rosdi Talib
10. Hasbullah Awang
11. Bojan Petric
12. Hassan Basri A.Ridzuan
13. Tengku Hasbullah Raja Hassan
14. Zharif Hasna
15. Wan Khairul Faiz Kamarudin
16. Zairo Anuar Zailani
17. Azrul Hazran Amiludin
18. Faiz Subri
19. Badrul Hisani A.Rahman
20. Mohd Saufi Saadi
21. Fadzli Shaari
22. Wan Mohd Aliff Wan Jasmi
23. Zachariah Simokonda
Rating : 7.0/10
Ramalan : Bergelut untuk kekal dalam saingan Liga Super
Pencapaian T-Team dalam saingan Liga Super musim 2011 agak memuaskan dengan menduduki tangga ke-9 daripada 14 pasukan yang bertanding. Sudah pasti pengurusan T-Team serta Yunus Aliff mahu memperbaiki pencapaian tersebut dalam saingan Liga Super 2012 nanti.
Antara pemain baru yang menganggotai pasukan musim ini ialah Iqbal Suhaimi (Selangor), Suhardy Alby (Johor Fc), Zharif Hasna (Terengganu), Faiz Subri (Perlis), Wan Khairul Faiz Kamarudin (Perlis), Fadzli Shaari (Selangor), Bojan Petric serta Zachariah Simukonda.
Manakala pemain yang berhijrah, ialah Azizi Mat Rose (Kelantan), Norfarhan Mohamad (Kelantan), Indra Putra Mahyuddin (Kelantan), Haris Safwan (Johor Fc), Rosli Muda (Sime Darby) serta Kamal Rodiarjat Kamal (Pahang).
Yunus Aliff ternyata telah mengambil pengajaran daripada kesilapan musim lalu apabila hanya mempunyai Syamsuri Mustapa sebagai penjaga gol yang berpengalaman serta mempamerkan aksi konsisten apabila diturunkan. Pada musim ini, Yunus telah mendapatkan Iqbal Suhaimi serta Suhardy Alby dengan harapan mampu mengisi tempat Syamsuri seandainya beliau tidak dapat beraksi.
Dibarisan pertahanan, Yunus dijangka bakal mengandingkan pemain import dari Bosnia, Bojan Petric bersama Norfazli Alias diposisi pertahanan tengah. Manakala Rosdi Talib akan terus diberikan kepercayaan mengemudi pertahanan kiri serta Shahril Faizal Jamaludin diposisi pertahanan kanan. Senarai pemain lain dibahagian pertahanan yang bakal diberi peluang untuk beraksi ialah Dzaiddin Zainuddin, Shahrul Ezrain Shamsudin, Aliff Alias, Hasbullah Awang serta Hassan Basri A.Ridzuan.
Kehilangan Norfarhan serta Indra menjejaskan sedikit kekuatan pasukan T-Team dibahagian midfield, Faiz Subri mempunyai tanggungjawab berat bagi mengisi bahagian sayap. Zairo dijangka akan memainkan peranan yang cukup penting sebagai arkitek dibahagian tengah bersama Tengku Hasbullah. pemain lain dalam senarai midfield T-Team musim ini ialah Zharif Hasna, Wan Khairul Faiz Kamarudin serta Azrul Hazran Amiludin.
Bagi tugas untuk menggempur kubu lawan, Yunus diramalkan akan mengandingkan Zacharia Simokonda bersama Fadzli Shaari sebagi pilihan utama. Pilihan lain Yunus dibahagian serangan ialah Badrul Hisani Abd Rahman, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi serta Mohd Saufi Saadi.
Dalam saingan musim lepas, T-Team telah menjadi pasukan "pengacau" buat pasukan yang merebut kejuaraan seperti Kelantan dan Selangor apabila berjaya mencatatkan kemenangan terhadap pasukan tersebut baik digelanggang sendiri mahupun digelanggang lawan. Cabaran getir menanti T-Team bukan sahaja dalam misi untuk meraih kejuaraan malahan dalam misi untuk kekal dalam Liga Super juga cukup sengit kali ini.
Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan
Subscribe to:
Posts (Atom)





