Pages

Wednesday 2 May 2012

Kenali Mereka : Claude Le Roy


Masih ingatkah anda terhadap Claude Le Roy? Beliau adalah bekas jurulatih kebangsaan Malaysia dari Februari 1994 hingga Disember 1995. Sepanjang beliau menjadi jurulatih Malaysia tiada kejayaan dalam bentuk kejuaraan yang digapai bersama skuad kebangsaan. Beliau sebenarnya hadir pada saat yang sukar untuk menjadi jurulatih Malaysia.
Ketika beliau menjadi jurulatih, lebih 100 orang pemain bolasepak negara digantung akibat gejala rasuah pada tahun 1994. Apa yang yang lebih malang terdapat juga beberapa tonggak pemain kebangsaan yang terlibat dalam perlakuan negatif tersebut. Akibatnya Le Roy terpaksa membentuk semula skuad kebangsaan dengan mengetengahkan beberapa bakat muda pada ketika itu. Antaranya pasangan kembar Faizal Zainal, Khairil Zainal, B.Rajinikandh, Idris Karim, Feriza Ismail dan beberapa nama lagi.
Semasa beliau menjadi jurulatih Malaysia, terdapat 2 kejohanan besar yang dibimbingnya iaitu Sukan Asia Hiroshima 1994 serta Sukan Sea Chiang Mai 1995. Dalam 2 kejohanan tersebut, skuad Malaysia gagal layak untuk keperingkat seterusnya. Ini memaksanya untuk beliau melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Disember 1995.
Le Roy sebenarnya mempunyai reputasi hebat sebagai jurulatih. Beliau pernah membimbing pasukan terkemuka terutamanya dari benua Afrika seperti Cameroon, Senegal serta Ghana malah pernah membimbing skuad Piala Dunia Cameroon pada 1998. Berikut biodata ringkas beliau sebagai pemain serta jurulatih.
Nama penuh : Claude Marie Francois Le Roy
Tarikh lahir : 6 Februari 1948
Tempat lahir : Bois Normand Pres Lyre, Perancis

Kerjaya sebagai pemain :
1968 - 1970 Fc Rouen
1970 - 1973 AC Ajaccio
1973 - 1977 Avignon Foot 84
1977 - 1980 Stade Lavallois
1981 - 1981 Amiens SC

Kerjaya sebagai jurulatih :
1980 - 1983 Amiens SC
1983 - 1985 Grenoble
1985 - 1985 Al Shabab
1985 - 1988 Cameroon
1989 - 1993 Senegal
1993 - 1995 Malaysia
1998 - 1998 Cameroon
1999 - 2000 Strasbourg
2002 - 2003 Shanghai Cosco
2004 - 2004 Cambride United
2004 - 2006 Congo
2006 - 2008 Ghana
2008 - 2011 Oman
2011 - Kini Syria

Penulis : Arieost Azzurie
Rujukan : Wikipedia