Pages

Sunday 13 May 2012

Bintang Liga M Yang Pernah Menyertai Piala Dunia.


Sila "klik" untuk besarkan gambar.

Sepanjang era pertandingan bolasepak  liga semi-pro hingga kini,  telah beratus pemain import yang menabur bakti bersama pasukan didalam Liga Malaysia. Dikalangan pemain import terbabit,  terdapat beberapa pemain yang pernah merasai nikmat menyertai pertandingan Piala Dunia.  Walaupun kebanyakkan mereka hadir  di penghujung karier, tetapi kehadiran mereka tetap memberikan kemeriahan terhadap saingan Liga Malaysia. Mari kita imbas kembali pemain import Liga Malaysia yang pernah menyertai pertandingan terunggul dunia itu.
Nama : Karel Stromsik
Tarikh Lahir : 12 April 1958
Negara : Chezchoslovakia
Tahun  menyertai Piala Dunia : 1982 Sepanyol
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (1989, 1990, 1991)
Posisi : Penjaga gol

Nama : Peter Distzl
Tarikh Lahir : 30 Mac 1960
Negara : Hungary
Tahun menyertai Piala Dunia : 1986 Mexico
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (1993)
Posisi : Penjaga gol

Nama : Atanas Pashev
Tarikh Lahir : 21 November 1963
Negara : Bulgaria
Tahun menyertai Piala Dunia : 1986 Mexico
Pasukan Liga Malaysia : K.Lumpur (1993)
Posisi : Midfield

Nama : Emile Mbouh Mbouh
Tarikh Lahir : 30 Mei 1966
Negara : Cameroon
Tahun menyertai Piala Dunia : 1990 Itali, 1994 Amerika Syarikat
Pasukan Liga Malaysia : Perlis (1995, 1996) K.Lumpur (1997)
Posisi : Midfield

Nama : Stephen Keshi
Tarikh Lahir : 31 Januari 1962
Negara : Nigeria
Tahun menyertai Piala Dunia : 1994 Amerika Syarikat
Pasukan Liga Malaysia : Perlis (1997)
Posisi : Pertahanan

Nama : Perica Ognjenovic
Tarikh Lahir : 24 Januari 1977
Negara : Yugoslavia
Tahun menyertai Piala Dunia : 1998 Perancis
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (2006)
Posisi : Midfield

Nama : Joel Epelle
Tarikh Lahir : 20 Februari 1978
Negara : Cameroon
Tahun menyertai Piala Dunia : 2002 Korea/Jepun
Pasukan Liga Malaysia : Sarawak (2012)
Posisi : Penyerang

Nama : Basko Balaban
Tarikh Lahir : 15 Oktober 1978
Negara : Croatia
Tahun menyertai Piala Dunia : 2002, Korea/Jepun, 2006 Jerman
Pasukan Liga Malaysia : Selangor (2012)
Posisi : Penyerang


Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Aznorashiq
Rujukan : Wikipedia, Website FIFA