Pages

Monday 7 May 2012

Kenali Mereka : Helmi Rameli



Helmi Rameli dilahirkan di Langkawi, Kedah pada 24 Mac 1985. Kariernya didalam bolasepak secara professional bermula pada tahun 2007 dengan menyertai pasukan Kuala Muda Naza. Dibawah bimbingan K.Devan, beliau berjaya membantu Kuala Muda Naza menjuarai Liga Premier pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, beliau membantu pasukan Kuala Muda Naza bersaing dalam kejohanan Liga Super dan berjaya menduduki tangga ke-9 daripada 14 pasukan yang bertanding. Malangnya jodoh Helmi Rameli bersama pasukan tersebut tidak berpanjangan disebabkan Kuala Muda Naza menarik diri daripada menyertai pertandingan Liga Malaysia pada musim 2010.
Selepas itu, bagi meneruskan karier bolasepaknya, beliau berkelana ke Terengganu pada musim 2010.  Pada musim 2011 boleh dianggap sebagai tahun yang berjaya dalam kariernya apabila membantu pasukan Terengganu mengondol kejuaraan Piala FA selain menjadi naib juara Liga Super serta Piala Malaysia.
Pada tahun 2012, beliau berhijrah ke PKNS. Bersama pasukan barunya, beliau lebih berperanan sebagai pemain midfield berbanding posisi bek kanan yang seringkali dipertangungjawabkan kepadanya sebelum ini. Ternyata keputusan A.Rahman berbaloi, dimana Helmi membuktikan kemampuannya mencorakkan jentera tengah skuad PKNS musim ini.

Di pentas antarabangsa, Helmi melakukan caps pertamanya ketika Malaysia menentang Hong Kong pada 3 Jun 2011 dimana Malaysia seri 1-1 dalam perlawanan tersebut. Tidak mustahil jika Helmi terus mempamerkan prestasi yang membanggakan bersama skuad PKNS musim ini, beliau mampu memikat hati Rajagobal untuk diserapkan didalam skuad Piala AFF 2012 kelak.

Pasukan yang diwakili serta kejayaan yang digapai : -
Tahun
2007 - Kuala Muda Naza
2008 - Kuala Muda Naza (Juara Liga Premier)
2009 - Kuala Muda Naza
2010 - Terengganu
2011 - Terengganu (Juara Piala FA)
2012 - PKNS

Penulis : Arieost Azzurie
Foto : Dunia Sukan Online
Rujukan : Wikipedia