Pages

Friday, 6 April 2012

Reaksi awal pertemuan persahabatan Malaysia vs Sri Lanka

"Lawan dengan Sri Lanka?" Tak de pasal aku nak g tengok..blabalbla.."
"Aku duduk Shah Alam, tapi tak de pasal aku nak g tengok..blablabla.."

Ini antara reaksi awal yang kedengaran apabila FAM mengumumkan bahawa skuad senior Malaysia bakal menghadapi satu siri perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A menentang Sri Lanka di Stadium Shah Alam hujung bulan April ini.

Sememangnya diri ini hairan dengan apa reaksi yang diberikan ini. Dahulu, apabila FAM gagal mengaturkan siri perlawanan persahabatan antarabangsa bertaraf A, ramai yang mengatakan FAM tidak buat kerja. Ok, kali ini sudah ada lawan, itu pun masih tidak mahu turun memberikan sokongan kepada skuad negara? Hairan..

"Ala, lawan Sri Lanka je pun, kenape tak lawan dengan kelab dalam Liga M je? "

Hah! Terserlah mentaliti kelas ke-3 oleh sesetengah pihak. Bila kata diri tu tak cerdik marah, tetapi sedarkah anda kalau lawan Timur Leste sekalipun, itu adalah PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA BERTARAF A! BERTARAF A!

Bukannya seperti menentang lawan dalam saingan Liga M! Ada bezanya itu. Siap boleh dapat mata lagi untuk membaiki ranking FIFA skuad kebangsaan Malaysia. Walaupun tidak banyak mata yang bakal diperoleh, sekurangnya ada usaha untuk membaiki ranking daripada berlawan dengan kelab dalam Liga M sahaja itu.

Kadang-kadang lawak juga ada pihak marah apabila skuad kebangsaan lawan dengan kelab dalam Liga M. Untuk pengetahuan anda, lawan dengan kelab dalam Liga M itu hanyalah sebahagian daripada program serampang dua mata oleh Dato K Rajagobal.

Mengapa penulis berkata demikian? Satu, ianya dapat mendekatkan lagi skuad negara dengan penyokong Harimau Malaya yang selama ini tidak berpeluang untuk turun memberi sokongan kepada Malaysia yang selalunya bermain di Lembah Kelang.

Dua, sebagai persiapan tambahan untuk memantapkan skuad kebangsaan. Sedarkah anda perlawanan persahabatan antarabangsa bukanlah ada setiap bulan. Ianya seperi 2-3 bulan sekali barulah ada. Jadi mana ada lawan yang akan bermain perlawanan antarabangsa sedangkan liga negara mereka rancak berlangsung.

Namun, Dato K Rajagobal tetap mengambil inisiatif bagi menambahkan bisa skuad negara dengan membuat kem latihan pusat setiap bulan dan menjadikan lawan dalan Liga M, lawan itu lebih berfungsi sebagainya 'sparing partner' dalam perlawanan yang dianggap statusnya sebagai perlawanan persahabatan 'adik beradik'.

Mungkin ada yang tidak tahu, skuad juara 'Emas Sukan Sea 2009' dan "Piala AFF Suzuki 2010' adalah majoriti pemain yang berada dalam skuad yang telah bersama sudah lama sejak 2005 yang dipimpin oleh Dato K Rajagobal(belum mendapat gelaran Dato lagi pada ketika itu). Lihatlah, 'padi bukanlah boleh dituai dalam masa sehari'. Ianya memerlukan masa untuk dituai, samalah juga dalam situasi ini.

"Eh, kata nak lawan segala bagai la negara-negara yang FAM tunjukkan dalam sidang media yang tempoh hari itu, siap tunjuk segala bagai nama negara. Nak lawan Australia la, last-last lawan Sri Lanka je"

Kepada yang mengeluarkan pendapat ini. Semua negara yang FAM katakan itu adalah siri perlawanan persahabatan antarabangsa yang bakal dijalankan bermula pada bulan MEI 2012! Harap selepas ini mana-mana pihak yang ingin mengeluarkan pendapat, buatlah kajian dulu, jangan main hentam kromo sahaja. Nanti diri sendiri yang malu.

Dan kepada 'Orang-Orang FAM' yang terbaca/terdengar/terlihat artikel ini, rasanya sudah tiba masa pihak FAM membawa perlawanan sebegini keluar daripada dijalankan di stadium sekitar Lembah Kelang kerana apabila terbaca reaksi awal yang sebegini, ianya seperti penyokong di sekitar Lembah Kelang seakan sudah muak dihidangkan dengan aksi skuad kebangsaan.

Apa kata anda membawa keluar perlawanan sebegini ke stadium-stadium yang menepati piawaian FIFA yang ada luar daripada Lembah Kelang. Bukan semua penyokong Malaysia mampu untuk ke Lembah Kelang setiap kali ada perlawanan yang melibatkan skuad negara kerana ada beberapa halangan yang menyebabkan mereka gagal untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Harimau Malaya.

Contoh terbaik penulis sendiri. Penulis berada 300-400 km daripada Lembah Kelang. Dengan beberapa halangan seperti status sebagai pelajar dan status kewangan yang tidak tetap, penulis tidak dapat menzahirkan sokongan kepada skuad Malaysia ataupun skuad sokongan penulis dalam saingan Liga M yang bermain di stadium yang berada di sekitar Lembah Kelang atau tempat lain selain daripada perlawanan 'home'.

Namun, setiap kali perlawanan 'home' pasukan kesayangan penulis, penulis akan turun pada perlawanan 'home' bagi memberikan sokongan, kalau tak pergi stadium pun sebab kadangkala kena keluar ada urusan lagi di daerah lain,kalau tiada apa-apa, ada saja perlawanan di 'home', ada la penulis di situ, rutin biasa sejak penulis berusia 8 tahun sehinggga sekarang, maka jika skuad kebangsaan hadir ke 'home' pasukan sokongan penulis, penulislah orang pertama yang akan berada gembira.

Penulis bukanlah hendak 'backup' FAM, cuma bagi penulis, mana yang betul kita sokong, mana yang salah kita tegur mana yang salah, tetapi kita perlu gunakan pendekatan tegur yang baik, bukannya memaki. Cuba bayangkan satu perkara, kita buat salah, orang lain tegur kita dengan memaki/menyumpah seranah, agak-agak adakah kita akan dengar atau tidak teguran itu? Tepuk dada tanya iman..

"Aku dah boikot perlawanan skuad Malaysia sejak 5-6 bulan ini, HAHAHA.."

Satu lagi mentaliti rendah. Itupun jangan, sana-sini heboh, AKULAH PENYOKONG SETIA MALAYSIA disaat GEMILANG ataupun HINANYA pasukan. Malu la dengan diri anda itu. Kesian para pemain. Mereka sudah pasti mengharapkan kehadiran penyokong untuk menaikkan semangat dan moral pasukan tetapi rasanya kesedihan yang bakal mereka hadapi sekiranya semua penyokong berfikiran seperti ini.

Penulis sendiri pun kurang berpuas hati dengan beberapa keputusan meragukan yang dibuat oleh FAM. Cuma jangalah kerana itu skuad kebangsaan pula yang menjadi mangsa dalam keadaan ini. Janganlah jadi seperti kata pepatah, 'marahkan nyamuk kelambu pula yang dibakar'. Renung-renungkanlah..

Sekadar pendapat peribadi. Maaf agak beremosi sikit dalam penulisan kali ini. Salam.

Penulis:Pecinta Bola