Pages

Tuesday, 3 April 2012

Pesta Bola Merdeka




Pestabola Merdeka. 

Satu kejohanan bolasepak milik Malaysia yang mempunyai pelbagai nostalgia sejak 1957 ia mula dipertandingkan. Memegang status kejohanan bolasepak tertua di rantau benua terbesar dunia ia di langsungkan atas ilham Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Berbekal semangat padang bola, Allahyarham Tunku menganjurkan kejohanan ini sempena mengingati kemerdekaan negara, disamping merapatkan tali silaturrahim negara baru ini dengan negara-negara serantau.


Menyingkap Edisi Pertama,1957
Malaya (Malaysia) menduduki tangga tercorot Pusingan ke-2 setelah
tewas 1-4 South Vietnam
seri 3-3 Hong Kong
kalah 2-4 Indonesia
biarpun menang bergaya ke atas Burma 5-2 pada pusingan pertama.

Sepanjang 40 kali kejohanan ini berlangsung
Malaysia dan Korea Selatan berkongsi 11 kejuaraan.

Kejohanan ini menampakkan jatuh bangunnya era bolasepak Malaysia namun kini, kejohanan ini sudah tiada khabar beritanya akan wujud kembali sejak kali terakhir Malaysia pada tewas kepada Vietnam pada Final 2008 menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada kejohanan itu juga, penjaga gol skuad negara, Helmi Eliza Elias telah mencipta satu rekod apabila berjaya mengekalkan rekod bersih tanpa bolos daripada perlawanan pertama peringkat kumpulan sehingga ke aksi final namun gagal menepis walau satu sepakan ketika penentuan penalti di final.

Sebagai Raja Asia Tenggara, kita sepatutnya mempunyai kejohanan antarabangsa sendiri buat skuad Harimau Malaya. Ini adalah salah satu
cara Malaysia untuk memperbaiki ranking FIFA.

Nota: Berharap kejohanan ini akan berlangsung kembali dan penulis begitu gembira apabila mengetahui kejohanan ini bakal dijalankan semula pada tahun 2013.