Pages

Friday, 9 December 2011

Sime Darby Guna Khidmat Razali Umar Untuk Menjadi Pencabar Utama Liga Perdana Musim Depan


BEKAS penyerang kontroversi Perak, Razali Umar Kandasami sah menjadi milik Sime Darby FC musim depan selepas bersetuju menyarung jersi skuad itu yang dibimbing jurulatih Ismail Zakaria.
Menurut Ismail, pemain tinggi lampai itu yang mencetuskan kontroversi ketika bersama negeri kelahirannya mula menjalani latihan sejak awal November lalu dan tahap kecergasannya kini dipantau memandangkan dia berehat terlalu lama.

“Biarpun pemain itu berehat panjang dan dikatakan sering menimbulkan masalah bersama bekas pasukannya musim lalu, saya yakin dia boleh berubah dan lebih berdisiplin untuk mempamerkan kemampuannya sebenar,” katanya.
Ismail berkata, selain Razali, turut dipikat Sime Darby untuk memperkuatkan skuad musim depan adalah dua bekas penyerang Selangor PKNS, Zamri Hassan dan Mohd Irmie Mat serta bekas pemain T-Team, Rosli Muda yang bertindak di bahagian tengah dan Mohd Sazlan Alias (pertahanan).

Selain itu, Ismail yang dibantu penolongnya, Abdul Ghani Malek berkata, bagi memantapkan lagi pasukan, beliau turut mengikat penyerang Perlis, Mohd Fazli Baharom, Mohd Ariff Ismail (Perak), Mohd Saufiq (Johor) dan dua pemain import dari Liberia, Patrick dan Ronaldinho Wleh.

“Dengan adunan pemain baru dan sedia ada serta ditambah pemain import, saya yakin Sime Darby mampu menjadi pencabar utama Liga Perdana musim depan dan layak ke Liga Super 2013,” katanya.

Kredit:My Metro
Foto:Sime Darby Fc