Pages

Monday 26 December 2011

Liga Super 2012 : Review Pasukan Perak


Pengurus : Khairul Azwan Harun
Jurulatih : Norizan Bakar

Senarai pemain :
1 : Khairul Amri Salehuddin
2 : Chan Wing Hoong
3 : Mohd Khairi Zainudin
5 : Muhd Shahrom Abdul Kalam
6 : Mohd Syazwan Mohd Roslan
7 : Fahrul Razi Kamaruddin
8 : Shahrulnizam Mustapa
9 : Lazar Popovic
10 : Mohd Nazri Mohd Kamal
11 : Badrul Azam Mohd Zamri
12 : Mohd Failee Mohd Ghazli
13 : Wan Hossen Wan Abdul Ghani
14 : Akmal Rizal Ahmad Rakhli
15 : Mohd Khalis Ibrahim
16 : Mohd Fazrul Hazli Mohd Kadri
17 : K Nantha Kumar
18 : Mohd Syafiq Jamal
19 : Mohd Noor Hazrul Mustafa
20 : Mohd Rafiuddin Roddin
21 : Kamarul Effandi Abdul Rahim
22 : Isma Alif Mohd Salim
23 : Mohd Nasril Nourdin
24 : Mohd Hisyamudin Shaari
25 : Michal Kubala
26 : Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews

Rating : 8/10
Ramalan : Enam pasukan terbaik.

Pencapaian pasukan Perak pada musim 2011 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Kehadiran Norizan Bakar ternyata telah banyak membawa perubahan positif dalam pasukan Perak.

Persiapan pasukan Perak menghadapi musim 2012 juga dilihat agak baik apabila berjaya mengekalkan pemain terbaik mereka disamping berjaya mendapatkan beberapa pemain baru seperti Shahrom Kalam (K.Lumpur), Rafiuddin Roddin (Harimau Muda A), Badrul Azam Zamri (Felda United), Fahrul Razi Kamarudin (K.Lumpur), Failee Ghazli (USM FC) serta 2 pemain import Lazar Popovic (Serbia) dan Michael Kubala (Slovakia).

Manakala pemain yang digugurkan Razali Umar Kandasamy, Azmeer Yusof, Arif Ismail, Harizul Izuan A.Rani, Syahman Zainuddin, Nurul Nasriq Kamarudin, Nasir Basharudin, Shahrul Hafiz Mohd Shafei serta Khamal Izat Jamaludin.

Skuad Perak kali ini juga dilihat agak seimbang disetiap posisi berbanding musim lepas. Pilihan utama bagi posisi penjaga gol akan direbut sama ada Nasril Nourdin ataupun Kamarul Effendi. Kedua penjaga gol ini boleh beraksi dengan baik, tetapi Nasril mempunyai kelebihan dari segi pengalaman untuk dipilih sebagai penjaga gol utama.

Dibarisan pertahanan, Khairi Zainuddin serta Chan Wing Hoong Hong akan membimbing pemain muda dalam pasukan ini. Namun pada musim 2011, dilihat hanya Khairi yang memainkan lebih peranan didalam kesebelasan utama berbanding Wing Hoong. Musim ini keadaan sama juga mungkin berlaku kerana pemain yang baru menyertai pasukan, Shahrom Kalam lebih bertindak diposisi pertahanan kanan, Khairi berkemungkinan akan bergandingan dengan Hisyamuddin Shaari ataupun Syazwan Roslan sambil Nor Hazrul Mustapa bertindak dipertahanan kiri.

Jentera tengah skuad Perak musim 2012 dilihat lebih ampuh dengan kehadiran Rafiuddin serta pemain import, Michael Kubala dari Slovakia. Ia sekaligus meringankan bebanan yang terpaksa dipikul Shahrulnizam Mustapa bagi mengerakkan jentera tengah. Dibahagian sayap, Fazrul Hazli, Isma Aliff dilihat sebagai pemain yang berpotensi diposisi tersebut. Norizan akan berdepan kesukaran mencari penganti terbaik sekiranya kedua pemain ini tidak dapat beraksi.

Kehilangan Razali Umar Kandasamy dibarisan serangan dilihat tidak memberikan sebarang kesulitan memandangkan Perak mempunyai ramai penyerang yang boleh diharapkan. Malah Norizan pastinya sukar untuk memilih yang terbaik antara Akhmal Rizal, Failee Ghazli, Lazar Popovic serta Shafiq Jamal untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Mengikut rekod kali terakhir pasukan Perak memenangi kejuaraan liga adalah pada tahun 2003, yang ketika itu dibawah bimbingan Toni Netto. Penyokong skuad "Kejor Yob Kejor" pastinya memasang impian untuk melihat barisan bimbingan Norizan Bakar ini mampu menamatkan penantian selama 9 tahun untuk menjulang kejuaraan liga sekali lagi. Mampukah hasrat tersebut dipenuhi?

Penulis : Arieost Azzurie
Grafik : Fitri Roslan