Soalan: Adakah disebabkan jadual liga M tidak selaras dengan liga domestik negara-negara lain telah menyebabkan kelab-kelab di Malaysia sukar nak dapat player import anyg berkualiti dan yang tinggal hanya saki baki tak laku.dan yang berkualiti semua disambar kelab-kelab negara lain., betul ke?
Soalan yang datang daripada seorang Sahabat BM ke inbox fb penulis sebentar tadi.
Jawapannya mungkin ya. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan FAM sepenuhnya kerana dalam hali ini ada beberapa faktor yang diambil kira sebelum jadual pertandingan dibuat. Ianya sama seperti para guru besar/pengetua bersama penolong kanan yang hadir ke sekolah ketika waktu cuti persekolahan akhir tahun dalam merangka program sekolah untuk sepanjang tahun berdasarkan banyak faktor.
Faktor pertama jadual Liga M tidak dapat dijalankan seperti jadual liga di Negara yang Eropah yang lain adalah kerana faktor agama. Dalam konteks ini contohnya agama Islam akan ada bulan puasa selama sebulan. Oleh itu lebih baik liga tidak dijalankan pada waktu tersebut kerana lebih baik bulan tersebut diisi dengan aktiviti kerohanian dan keagamaan berbanding perlawanan bola dijalankan dan penyokong lebih banyak di stadium berbanding di masjid/surau. Pemain juga letih apabila berpuasa di siang hari dan tidak dapat mempamerkan aksi yang terbaik di malam hari. Itu tidak dikira lagi liga tidak dapat dijalankan pada waktu hari perayaan di Negara yang penduduknya majmuk dan kaya dengan pelbagai perayaan. Tak kan lah kita mahu liga dijalankan pada waktu itu?
Selain itu, faktor lain ialah musim. Mengapa dipilih faktor musim ? Ya kerana pada bulan 10 keatas, di Malaysia selalunya akan berlaku musim hujan yang lebat selama hampir 3 bulan. Hujan yang lebat mencurah-curah sudah pasti akan menyebabkan konduksi padang tidak berada dalam keadaan yang terbaik untuk dijalankan sesuatu perlawanan yang bermutu. Sudah pasti keadaan padang yang becak tidak akan mengizinkan pemain mempamerkan aksi yang bermutu untuk disajikan kepada penyokong yang hadir ke stadium. Jika perlawanan diteruskan juga, bukankah padang akan rosak jika terlalu kerap digunakan dalam keadaan becak? Bila pula masa yang sesuai untuk diperbaiki padang tersebut jika hari-hari hujan?
Itu secara ringkas pendapat peribadi penulis mengenai mengapa FAM tidak menjalankan Liga M sama jadualnya seperti liga di negara-negara Eropah.
Penulis:Pecinta Bola
NOTA:INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS.